Aku tak pernah buat reviewkan?
Kenapa tetiba aku buat? Sebab setiap kali aku nak buat apa-apa aku akan baca review yang ada dekat online ni. So atas dasar terhutang budi dengan review-review korang, aku pun buat review tentang barang-barang yang aku beli.
Hari ini, kita mulakan review kita dengan LG 6 Motion All-in-One Washer/Dyer Combo.
Gambar dr Google.
1. Kenapa aku beli: sikap malas untuk menyidai baju budak anak yang semakin bertambah sampai tak cukup hanger payung aku menyebabkan beli benda alah ni. Lagi pun time tu musim hujan. Aku ada sebut dekat Encik Suami, dia ignore je. Tapi tetiba 1 hari tu dia balik kerja and cakap, jom pergi beli dyer. Pucuk dicita ulam mendatang.
2. Fungsi dia: boleh basuh baju dengan pelbagai setting dengan kapasiti 10.5kg dan boleh mengering baju dengan jayanya dengan kapasiti 6kg. Kira jimat space sbb hanya 1 mesin diperlukan compare dengan kalau korang beli asing-asing ( dryer -1, washing machine 1). So agak-agak korang nak basuh and dryer terus korang letak baju korang anggaran 6kg je. Nanti tak payah keluar-keluarkan baju.
3. Apa yang aku suka tentang Mesin LG ni: dia boleh basuh baju dengan air panas. (iye, aku mana pernah ada mesin yang boleh basuh dengan air panas sebelum ni)Jakun oo. Kenapa aku suka? Aku rasa bersih je baju. Yelah baju bebudak kadang-kadang ada tahi lalatkan, kalau yang tak kronik tu, boleh hilang wei.
4. Pros: 1. Korang gile jimat tenaga and masa. SERIOUSSS...
2. Baju jadi wangi je sebab softlan tak sempat hilang banding korang jemur yang bawak kepetang tu, softlan pun hilang.
3.Towel rasa gebu.
5. Cons: 1. Ada sesetengah kain akan mengecut.
2. Ada sesetengah kain akan pudar
3. Baju jersey amatlah tak digalakkan. Melekat oo.
6. Dari segi elektrik: Pada aku ok, Tak ada effect pun sebab mesin ni ada inverter. Bil rumah aku tak da perubahan pun. Yelah takut jugak bila guna benda-benda yang memanas ni.
7. Cara aku guna mesin ni: Aku guna untuk basuh and dry baju harian anak. Kadang-kadang kalau aku malas baju aku pun aku masuk sekali. Ini aku cerita pasal korang guna combo ek (washer and dryer skali) If guna washer je, tak ada masalah pun.
8. Peringatan: Jangan campurkan kain tebal dengan nipis masa dry ek. Dia ada sensor, so bile dia rasa lembap lagi, dia akan teruskan usaha untuk kering kan kain or baju tu. Benda ni akan bagi kesan dekat baju yang nipis. Contoh: korang masukkan selimut dengan tshirt anak korang. T shirt tu akan nampak kesan kuning ala-ala kena iron macam tu.
8. Suggest pada orang untuk beli?: Ye, terutama yang beranak ramai (ahli keluarga ramai macam aku) and bekerjaya.
Harap membantu..
eh membantu tak info ni?? kalau membantu apa kata korang klik iklan dekat blog ni, baru le semangat aku nak buat review yang lain.