Friday, December 20, 2013

Fashionista vs Hijabista

Xmas dah dekat. Pada aku shooping bulan Disember ni memang paling best sebab barang cantik-cantik and selalu dapat paper bag cantik.
Lagi-agi kalau shopping perfume, macam best je.

Tadi time rehat as usual pi melawat tanah jajahan Alamanda. Then sementara tunggu kawan bayar aku p le ronda-ronda ke departmen baju-baju perempuan. Banyak baju cantik-cantik rupanya dekat sini. Bila macam tu,  baru perasan, aku memang tak pernah tengok-tengok baju dekat situ.

Bila fikir-fikir balik, memang lama dah tak beli baju. Patut le duk ulang baju yang sama je. Bila sale ke ape, mesti cari baju budak-budak tu dulu. Ermm, kalau tak beli baju, kemana duit aku abis sebenarnya ek.
Bila nak beli baju mula lah rasa baik aku beli bila dah kurus nanti, kihkihkih..harapan wei..Kesudahnya nanti memang lah tak beli.


Bercerita pasal kurus, berat aku dah turun 2kg. Kira berat aku sekarang lepas 3 bulan bersalin adalah 52kg.
Bila balik duk rumah sendiri ni lagi susah nak turun aku rasa. Yalah, bila masak, lauk tak abis, aku le tolong perabiskan. Gila ko nak buang. Sayang wooo...Orang dalam rumah tu pun satu. Bila aku masak sikit semua makan beria  sampai tak cukup. Bila aku masak lebih, tak berabih pula.

Maybe korang rasa aku ni baru je 52kg nak kecoh..hihi. Tak le, sebelum ni aku 44 kg je kot. Ni sampai anak aku yang umur 4 tahun pun cakap aku gemuk. Eh tak!! dia kata aku tak gemuk tapi BESAR. Sungguh hampes budak-budak itu. Tapi diaorang juga lah yang support aku suh kurus. Siap setuju nak makan banyak supaya emaknya tak pelu abiskan lauk. Bila aku cakap nak aerobik n tima tu diaorang nak tengok cerita, sanggup berenti sebab nak bagi peluang mama guna laptop. Semata-mata nak suh mama kurus. Motifnya, sebab diaorang malu nanti bila orang cakap mama diaorang tak cantik. Boleh macam tu ye.








Tuesday, December 17, 2013

3 Bulan Sudah berlalu

Kejam celik kejam celik dah 3 bulan. Aku pun dah naik kerja.

Sian blog ni ha, mmg terabai gila. Aku berangan nak tulis, tapi selalu tefikir ada ke orang baca. Beria je tulis, macam syok sendiri. Tapi bila fikir-fikir balik, tak pe lah. Tujuan aku tulis pun lebih kepada untuk catatan and kenagan diri sendiri.
So akan aku gagahkan juga diri untuk menulis semula. BERUSAHA..haha.

Aku akan cuba untuk update blog setiap hari. (Hari-hari pun berazam macam tu). hahha..