Tuesday, April 16, 2013

New BIG Project

Hahaha...Aku tgh on the way buat satu BIG project...untuk aku le.. 3 tahun dah wei aku berangan nak buat..

Hope kali ni menjadi.

First Step dah mula. Hopefully menjadi le...Amin.

Friday, April 5, 2013

Antara fitnah dan kebebasan bersuara

As usual, tajuk memang tak hangakkan..

Ni antara benda yangaku perasan dekat FB (ye saya adalah pengguna FB tegar yang macam sawan kalau tak buka FB dalam sehari) . Even diri sendiri sedar betapa membazirnya masa buka FB ni tapi tetap nak tgk juga.

Dah point aku is, korang perasan tak selalu je orang macam ala-ala print screen apa-apa komen dekat FB then publish. Contoh:

ada satu akaun nama dia timah binti endot.. siap gambor bagai...
Then dekat status dia, dia tulis ----> PAS bodoh, tak boleh pakai nik aziz blablabla...

(ayat diatas  di atas adalah contoh ye. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)

Then orang pun pakat print screen, pos dkt FB memasing, then pakat le kutuk reramai...

Pernah tak tefikir yang ntah-ntah tu bukan akaun sebenar si timah endot tu. Ntah-ntah orang cilok je gambar dia dekat mana-mana, create FB dia dan pretend as tuan empunye diri..Walhal tuan empunya badan tu tak tau hujung pangkal.. Pastu katakan yang jumpa gambar tu kengkawan dia....nak2 berlainan ideologi politik...haa kan tak pasal..

Dan pernah tak korang terfikir ntah-ntah ada orang dah create satu akaun FB guna gambar korang and buat post-post yang mengarut macam ni???

Apa-apa pun, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak. Agak cuak untuk pilihan raya kali ini.
Tak tahu apa akan jadi..Hope keamanan akan kekal dan negara akan lebih maju..

Tuesday, April 2, 2013

Langit Tak Selalu Cerah - #Mode Sedih

Hari ni tak tau nak kata apa.  Malang ke apa ntah.

Mula dengan bangun pagi yang lambat. Siap-siap p kerja, kejar punch card..
Pastu balik rumah siapkan bebudak. Hantar bebudak p sekolah. Dan mausk opis.
Semua nya kembali tenang pada pukul 9.30 pagi.

Kehidupan berjalan seperti biasa sampai lah ada 1 annoucement yang suh aku alihkan kereta. Ok.(Blocking kereta dekat opis aku ini adalah perkara biasa). Janji ko tak tarik hand break , free gear or ko tinggalkan no telefon.. so tak da masalah. Semua orang dekat kementerian aku ni sangat tolerate(tapi bila kes hari ni, so aku rase x semua tolerate). Tak macam sesetengah orang (kenapa aku cakap sesetengah, sebab aku penah jumpa ada yang siap tolong tolak kereta lagi bila jiran sebelah dia kena block dan semunye ok je..tak de nak marah-marah) dekat kementerian sebelah. kacau sikit kawasan dia pun dia akan marah. Tu belum ko paking dekat tempat dia. Susah nak paking katanya. (Wei...p improve konye skill parking le wei..hihi..tetap nak salahkan orang lain.walhal aku sendiri yang merempat tak de parking) .


Lepas annoucement tadi, aku pun turun, tetiba dapat phone call, mula-mula elok je tanya..sapa ni..bahagian mana? pastu tu terus meroyan orang tu marah-marah. Anatara ayat dia " Awak tau tak 7 biji kereta tak boleh keluar sebab awak block dekat situ""Tu pun awak tak boleh fikir ke?""Blablabla" sambil terjerit-jerit. " Siap cakap bodoh lagi ye.


Kepada puan punya kereta , oleh kerana tadi saya tak diberi langsung peluang nak cakap (sebab puan terjerit-jerit meroyan tanpa ada ruang kosong) ni jawapan saya. Puan maybe tak baca..tapi cukup le saya dapat puaskan hati saya:

1. Puan call saya pukul 12, masa saya turun tu saya bayangkan owner 7 biji kereta tengah dalam kereta sebab nak kuar dengan perasaan marah, tapi sorry..tak de pun saya tengok. yelah. kul 12 kan. belum lunch hour apa.

2. saya kan ada tinggal no telefon saya. Kenapa puan tak call je. So puan tak perlu ke kaunter guard dan buang masa.

3. Maybe puan ada emergency, tak pelah. Dalam hati saya mungkin puan mengalami masalah berikut:
       a. puan tak de handphone
       b. handphone puan kena barred or tak de creadit
       c. puan ada emergency seperti kematian ( biasanya orang dalam keadaan emergency tak boleh berfikir secara waras)


So, peace no war...cuma terkilan gak lah bila orang call ko maki-maki sambil terjerit-jerit meroyan macam tu. Maafkan atas kesilapan saya telah block laluan parking puan. Semoga kita tak ditakdirkan berjumpa atau bekerjasama.




Monday, April 1, 2013

Home work - balqis

Jumaat lepas buat julung kalinya si balqis bawak balik home work..emaknya yang over excited...malam tu jugak suh buat..
Kehulu kehili kertas tu dia bawak..sampai kena kicap le..geram aku. Lepas makan malam,dia naik dengan en suami n adik dia..so aku pesan siap-siap suh buat home work..dari bawah aku dengar le suara menangis cari color le ntah apa-apa.
Lepas siap semua dekat bawah..aku naik..konon nak tengok le hasil kerja...huhu...malu omak wei budak anak kalau ko hantar macam tu....


Ada kesan kicap di situ.


Apa yang aku simpulkan...dia still tak faham apa itu yang dikatakan homework...dia tak tau yang dia kena hantar semula kertas tu..
Bila aku ajar...time tu ok..aku pusing..abis dia tanda semua benda yang tak patut..