Monday, May 12, 2014

Kehebatan Seorang Lelaki Bergelar Suami

Haaa..tajuk panjang berjela..

Ini pengakuan ikhlas, setelah aku berkahwin lebih lima tahun (secara tepatnya 5 tahun 2 bulan) aku kena akui kehebatan seorang lelaki adalah mendengar bebelan isteri. Haaaaa...
Seyes wei. Kenapa aku cakap macam ni?

Aku ni memang suka membebel, tapi tak boleh bebel dekat laki aku sebab dia tak berapa suka. (Ada ke orang suka kena bebel?) Tapi lepas lima tahun ni, dia redha. Asalkan aku bahagia,  dia biarkan. Pagi-pagi buta aku dah bunyi-bunyi..tapi aku bebel bukan le banyak sangat pun tapi aku perli-perli. Dia ok je..

Tapi cuba dia bunyi sikit. Cotoh dia cakap, "Eh heran lah, dekat rumah kita ni ada hantu sikat rasanya. Sikat Asyik hilang je." Tu je dia cakap. Tapi aku punya angin, mak aih. aku terasa gila. Pastu mulalah bangun cari sikat dengan penuh emosi.

Bila aku tegur dia dengan cakap.. cth: "Papa ni bag letak dekat depan ni, nak pergi outstation lagi ke esok?"..Dia relax je.Tak de nak emo-emo macam aku. Paling malas pun dia diam je. Abaikan je soalan aku.  Sebab perjanjian aku dengan dia, dia kena biarkan aku bercakap sebab kalau tak aku stress. Hihi..

Then aku realize, betullah..Lelaki ni dia ada kehebatan dalam mendengar bebelan isteri. Sebab kalau aku le, katakan dapat suami yang suka membebel, memang panaslah telinga.
Aku tak punya suami yang romantik, tapi syukur sebab aku at least punya suami yang mempunyai tahap kekebalan mendengar bebelan isteri yang tinggi.

p/s: Jangan lak korang ingat aku ni suke membebel tahap tak berhenti lak. Aku jenis perli-perli je. ;-)


Tuesday, May 6, 2014

Untuk Record: Kisah anak

Lama dah aku tak update blog ni.
Ni Update pun sebb aku nak tulis perkembangan anak-anak. Aku tak tahu kenapa aku rase semenjak dua menjak ni, tahap ingatan aku makin teruk.
So before aku lupa bila aku makin tua nanti, baik aku tulis sikit sebagai kenangan.


Balqis:
By the time aku  tulis ni umur Balqis  4 tahun 5 bulan. Pada aku, Balqis orang yang matang compare dengan umur. Tapi suka menangis sampai aku pun konpius dah kenapa nak menangis pasal benda kecik. Balqis tak suka orang marah-marah dia sebab dia kata sakit kepala kalau dengar orang cakap kuat-kuat. Tapi kalau cakap elok-elok pun x begerak macam mana.

Tapi aku mmg boleh harapkan Balqis untuk jaga adik terutama Hasya.  Kalau aku cakap suruh tunggu, dia akan tunggu. Kalau dah tak tahan sangat sebab ada cerita cartoon. dia akan halang laluan ke bilik air guna bakul supaya adik x boleh keluar. Good job Balqis.

Khayla:
Umur dia 2 tahun 11 bulan. Dia ni memang clear apa yang dia nak. Nak makan ke, nak tidur ke, dia buat je even x de kawan. Dia dah ade kehendak sendiri. Kalau dulu. keputusan Balqis akan merangkap keputusan dia. Cth makan dekat kedai, aku akan tanya Balqis nak makan apa, skarang kena tanya dua-dua. If Balqis order mee, n dia kata nak mkn nasi, jangan haraplah dia nak makan mee tu. So skarang kalau keluar akan order 4 pinggan ataupun mama kena berkorban sharang makan korang. Kalau korangorder sepinggan sorang tu habis x pe nak oi..Ni nak bungkus sikit sangat. last2, biar je..

Khayla ni kelakar orangnya. kalau aku cakap dia cantik secara tak sengaja, bulat terus mata dia..pastu cakap.."Ha? mama cakap Khayla cantik?"Pastu terus lari pergi dekat papa bagi tau yang aku cakap dia cantik.
Hari tu dia suh aku salin cadar dia sbb nak macam balqis. Aku cakap tak payah. Balqis tu salin sebab dia terkencing. Dekat 3 hari dia ulang suh aku salin. Kesudahnya, petang ahad tgh aku lepak-lepak, dia datan cakap, mama khayla kencing dekat katil..Aku ingat dia tekengcing..Skalinya, memang purposely kencinglah..Betul-betul tengah tilam tu.Yang memang x delah tanda-tanda "ter". Grrrr...Tapi aku x marah pun sebab aku rasa kelakar.Dah satu kerja aku nak bersihkan.

Hasya:
Ni budak manja. Suka senyum. Memang manja sangat. Sebab kakak-kakak x kawan dengan dia, so aku lah kawan dia..melekap je..Aku pun rajin je bawak dia kehulu kehilir sebab setakat ni dia senang diurus.
Selalu jugak bawka dia dekat office sebab dia behave je..Suka betul dapat tidur bawah meja aku.

Ok tu jelah. Lenguh lak tangan aku menaip ni.