Monday, June 24, 2013

Apa yang ada dalam list doa kita?

Aku ni kalau boleh semua benda nak dilistkan.
Aku pelupa wei ....seyes..Sampai satu tahap, nak doa untuk lepas sembahyang pun aku ade list, agar ada yang aku tak telupa. Huhu...(iye... aku doa dalam bahasa melayu je) janji aku paham sudah.

Khamis hari tu aku terdengar forum perdana (kalau tak silap aku), dalam doa yang kita baca hari-hari, ada tak kita selitkan doa untuk negara kita or umat islam yang lain dalam dunia ni.

Contoh doa untuk negara: kurniakan kami negara yang aman damai, banyak peluang pekerjaan ke, rakyat bersatu padu..


Macam tu jugak doa-doa untuk umat Islam yang lain. Cth: Palestin ke...
Doakan senjata umat ISLAM.

Renung-renungkan, dan selamat beramal...




Monday, June 3, 2013

Ustaz Kazim Elias - kenapa suami isteri bergaduh(kelakar)

Saturday, June 1, 2013

kisah mee hoon

hari ni dekat sekolah budak anak ada parent yg belanja makan mee hoon singapore. aku perasan time anta si adik.suka bebudak dekat sekolah..yelah selalunya makan roti separuh...or koko cruch or sosej ke..benda-benda macam tu lah... anak2 aku terutama balqis mmg suka kalau makan mee  hoon ni..aku balik je kereta terus ckp..kakak..ari ni makan mee hoon.(ari ni si kakak nak susu.so aku tinggalkan dalam kereta sementara tunggu papa dia datang anta susu).

dia sukalah...dia cakap...mama..tapi kakak nak minum susu satu je...lepas tu kita pegi sekolah cepat2 ok?..aku layankan je..

td before tidur aku tanya dia kakak makan mee hoon tak?and jawapan dia. ...... tak mama..dah habis.yang ada semua simpan untuk shasha..aku x taulah sapa si shasha or betul ke tak ape dia cerita tu..aku cuba tukar cara soalan..tapi jawapan tetap sama..adoiiii mengalir air mata aku weii...kesian sangat aku rasa..even aku x pecaya sepenuhnya apa dia ckp...tapi if betul..adoi aiiii...serius..tak tahan..aku kalau pasal makan ni sensitif...ni kan pulak kalau yang tak dapat makan tu budak anak...

ntah lah..aku over react or ape...yang penting memang sentaplah. tengah sentap2 ni boleh pulak budak anak tanya mama sakit perut ek..nanti kakak letak ubat kakak ek..ubat kakak hebat...

Ya Allah.,Kau murahkanlah rezeki anak-anak kami...peliharakanlah kesihatan mereka dan kebajikan mereka ketika mereka jauh dari kami...amin..