Showing posts with label toddler activity. Show all posts
Showing posts with label toddler activity. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Taska Ayu Manja- E14

Assalamualaikum,

Aku perasan ramai gak yang ke blog aku ni sebab baca pasal Taska Ayu Manja Presint 14.
Oleh itu biarlah aku bagi sedikit info yang aku harap bergunalah untuk anda-anda semua.


Untuk masuk taska ni korang kena apply...ye..apply yang bila mana anak korang terpilih, korang akan dimaklumkan. Hanya anak warga KPM sahaja yang dibenarkan. Apply bukan lah maksudnya hari ni korang hanta borang esok dapat ye, tuggu que sampai turn anak korang. Bersabarlah..ada yang makan masa setahun.

Bagi yang baru mengandung, aku nasihatkan sejurus mengandung, korang pergi amik borang and apply. Tapi dengarnya bila kandungan berusia 6 bulan baru boleh apply (ni latestnya info lah) masa aku dulu ok je, aku 3 bulan mengandung, aku apply. Anak aku masuk 7 bulan baru dapat. Alhamdulillah..

Dari segi yuran lak, YURAN TAHUNAN buat masa sekarang ni 200. Yuran Bulanan lak 280.
YURAN TAHUNAN TERMASUK: Peralatan mandian , susu (so tak payah bawak lagi dah benda-benda ni)

Sama harga dari bayi ke 5 tahun.

Taska ni ambil budak dari baby sampai ke 5 tahun and kalau tak silap aku dia memang berdaftar and bawah program PERMATA.

Apa yang aku suka pasal taska ni:
1. Anak korang akan start potty train bila umur 2 tahun. Cikgu-cikgunya sangat gigih ok.
2. Dia orang ada aktiviti sepanjang berada di taska, tak duduk melahulah kiranya.
3. Anak-anak di latih untuk berdikari.
4. Anak-anak kadang-kala dibawa keluar dan main di perkarangan sekitar kawasan office ni.
5. Ada aktiviti luar yang akan libatkan anak-anak. cth: LAwatan ke petrosains, hari keluarga taska

Anak di kelas toddler masih boleh minum dari botol. Ibu bapa hanya sediakan susu yang akan dibancuh oleh cikgu.

Bagi dua tahun keatas, no more botol susu ye. Semua minum susu default yang sekolah sediakan dan dalam cawan. Jangan risau, insya allah ok.

Ini jelah buat kali ini. Kalau aku teringat lagi, aku tulis lagi ek..tq.






Monday, January 27, 2014

Bila budak Anak Mengemas

Lama dah aku tak update, kan aku dah cakap, zama mengupdate blog mmg kelaut.

Semalam adalah hari anak sulung rajin mengemas. Selalunya dia akan tolong susun kusyen dekat bawah. Kira kontrak seumur hiduplah susun kusyen tu. Tapi malam semalam dia kemas dekat family hall a.k.a tempat tengok TV kitaorang.  Bila anak sulung mengemas semua orang lari termasuk papa.

Abis semua orang kena bebel. Antara ayat dia, "ni kalau sepah lagi siap.Kakak penat tau tengok rumah sepah-sepah."Kau ada???  Budak 4 tahun kemas sambil membebel. Alhamdulillah, aku puas ati dengan hasilnya. Tapi kau kena tahan telinga lah. Dengan aku-aku kena sound, "Mama, seluar mama ni nak buang ke? dah tak nak pakai, sepah-sepah je kakak tengok. Kalau tak nak kakak buang je." erkkk.. magazine aku yang aku baru bawak naik dari bawah pun hampir nak kena buang..


Papa pun kena juga..kihkih. tapi nasib baik dia ingat mana dia simpan barang-barang tu. Lupa nak amik gambar. Masa dia duk sibuk kemas tu aku dah masuk bilik susukan Hasya.

Lepas siap kemas dekat luar, dia masuk bilik minum susu, pastu cakap.."kakak nak kemas dalam bilik pulak.Barulah selesa".

Apa pun hasilnya, aku tetap syukur. Pada aku, pada umur dia sekarang, dia ada kesedaran pun dah cukup bagus.

Khayla pun kadang-kadang rajin mengemas. Hasil dia pun memuaskan hati. Memang clear depan TV tu. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua barang-barang yang dekat family hall tu, dia humban depan pintu bilik...adoi, dah macam tong sampah depan pintu aku.

Nak marah takut terbantut lak niat dia mengemas.

So aku redha jelah...

Semoga hasrat dan usaha mengemas budak-budak ini kekal dan berterusan.

Thursday, January 9, 2014

Toddler Activity: Star Reward Program

Korang pernah tak buat sistem reward pada anak-anak?

Origanal idea adalah base on star yang kita dapat masa kita kecil-kecil dulu. Bila buat home work bagus, cikgu pun bagi le bintang bagai nak rak. As anak murid, kita pun suka, senyum-senyum bagi tau kengkwan.

Lantaran itu, aku selaku orang yang dah jadi mak pun cuba buat benda yang sama. Tapi aku guna sticker star yang aku tempah khas dengan dak office aku. Hihi. Pening budak lelaki tu, ntah apa-apa yang aku nak buat, tapi dia layankan. Hari tu aku bagi task dekat dia suruh buat sticker nama anak aku. Tapi aku bagi tau, anak aku tak pandai baca, so dia kena letak gambar dekat sticker tu untuk mudahkan anak aku bezakan mana satu Balqis punya, mana satu Khayla punya. So dalam kepala otak aku, aku bayangkan  dia letak le  satu gambar  mickey satu lagi hello kitty ke? Tapi sebab dia adalah budak yang baru beranak satu, so dia p letak satu gambar hello kitty ada kaki, 1 tak da..Haha, aku layankan je lah.murah kot tempah, 100 rm3. Tak suka, boleh tempah lagi. Tapi bebudak tu tau je nak bezakan. So aku guna je lah.


Dah, lupakan pasal tu..
Untu Star reward program ni;

Sticker yang aku guna macam ni:

Bergantung pada apa yang diaorang buat, kalau sikit, so aku bagi satu je, kalau bagus aku bagi le tiga sekali gus.

Korang boleh try sebab memang nampak diaorang berusaha untuk dapatkan star tu. Khyala pun duk kehulu kehilir mintak star. Bila En suami tengok, then dia pun take part, bagi star tapi make sure korang jangan senang sangat bagi, nanti tak de value pula pada diaorang ni.

Ni Masa proses dapatkan star, untuk Khayla aku suruh dia color benda yang aku lukis:

Balqis sebenarnya aku suh tulis ABC, bila dah siap, dia pun nak color macam adik
Hasilnya macam ni:

  Hasil Kerja Khayla:
Baru aku perasan kenapa si Khayla dapat banyak gila star tu. Tampal sendiri ke apa. 


Korang boleh cuba praktikkan.

Hari tu aku blogwalking and terjumpa sesuatu yang lebih kurang macam ni dekat blog shilashower Ermm interesting benda yang dia buat. Maybe aku boleh guna untuk buat sistem redeem tu bila diaorang buat/tolong aku buat kerja rumah.

Selamat mencuba...

Monday, April 1, 2013

Home work - balqis

Jumaat lepas buat julung kalinya si balqis bawak balik home work..emaknya yang over excited...malam tu jugak suh buat..
Kehulu kehili kertas tu dia bawak..sampai kena kicap le..geram aku. Lepas makan malam,dia naik dengan en suami n adik dia..so aku pesan siap-siap suh buat home work..dari bawah aku dengar le suara menangis cari color le ntah apa-apa.
Lepas siap semua dekat bawah..aku naik..konon nak tengok le hasil kerja...huhu...malu omak wei budak anak kalau ko hantar macam tu....


Ada kesan kicap di situ.


Apa yang aku simpulkan...dia still tak faham apa itu yang dikatakan homework...dia tak tau yang dia kena hantar semula kertas tu..
Bila aku ajar...time tu ok..aku pusing..abis dia tanda semua benda yang tak patut..

Thursday, March 28, 2013

#Toddler activity-sticky notes

After en suami decide no more chipmunk dan madagascar..so aku pun gigihkan jugak create activity untuk bebudak ni...tujuannye supaya diaorang tak leh buat benda-benda mengarut yang boleh buat aku hilang sabar.

Activity semalam adalah sangat simple and mudah.(dasar omak yang pemalas)...

Bahan-bahan yang terlibat:

1. Sticky notes -suka hati korang nak color or saiz besar mana.
2.kertas kosong untuk tampal
3.salefon tape...kalau x de pun x pe.
4. Anak-anak korang. Dah takkan korang pulakkan.

Kaedah:

1. Bagi kertas kosong pada budak anak.suruh lah diaorang tampal stucky notes tu ikut creativity.
2.aku ni yang tak berapa creative suh jelah tampal tepi-tepi tu biar jadi macam frame.
3.pastu biar jelah diaorang main ikut creativity diaorang..

Kaedah secara bergambar:
Bahan-bahan yang terlibat





Senyum...bajet amik gambar ar tu

Wednesday, March 27, 2013

Bebudak-budak berjimba

Aku rase semwnjak aku mengandung ni aku mmg garang gile.  seyes weii...anak aku pun ckp..
Maybe sbb aku penat nak buat bnd yg sama ulang-ulang. Tapi semalam aku bagi sedikit kebebasan..dn kesan dan hasilnua adalah...
Add caption
Mama saya kata pakai spender diluar adalah sgt cool..

Monday, November 12, 2012

#6 Cara Ubah tabiat hisap jari

Untuk makluman korang, anak aku yang sulong (aik betul ke eja macam ni)  penghisap jari tegar.
Aku perasan tabiat ni dia mula dari dalam pantang lagi. Masa tu, habis sarung tangan dia hisap sampai basah. 
Anak aku memang jarang aku bedung sebabnya aku rasa kesian dia panas (tettttttt  . sial jangan ikut tabiat ini). 

Masa umur berapa bulan ntah, tak ingat.

Aku memang tak suka dari awal, tapi ada orang cakap biarkan, nampak comel lah apa lah. Tapi lama-lama aku tak boleh tahan, risau aku. Ada yang aku dengar benda ni boleh berlanjutan sampai besar.

macam-macam aku dah buat. Letak warna, letak handiplast, letak garam, letak minyak gamat tapi tak jalan gak. Samapi pernah aku suruh satu staff dekat office ni marah anak aku pasal dia hisap jari. Yelah , si Balqis ni takut dengan staff tu a.k.a abang hussien (juruteknik) dekat office aku tu.

Tapi baru ni, nak jadikan cerita,  dia demam n kena ulser dalam mulut. So aku cakap nak bawak p klinik. Dia melalak-lalak nangis tak nak pergi. Sebabnya kali terakhir dia demam, dia kena amik ubat demam yang masuk dekat punggung (sopan tul bahasa aku. Dekat rumah aku panggil ubat ni ubat bontot je) dan amik darah sebab masa tu daktor takut dia kena denggi. So dia fobia gila. Anak aku ni jenis kalau demam terus mencanak naik sampai 29.5c gitu.

So aku ugut dia, kalau tak nak p klinik tak boleh hisap jari. Kebetulan memang aku dah standby ubat dekat rumah. So malas nak p klinik. Petang tu dia belasah makan durian,  kalau aku bawak p klinik pun doktor sure tak masukkan ubat tu. Dia setuju.

1st day - kesian wei, dia jadi macam lemah, lembik je. sebelum tidur menangis. tengah malam menangis. 
2nd day - minum susu sampai berbotol-botol before dapat tidur. malam tak nangis sebabnya dia hisap jari aku tak peraasan.
3rd day - masih menangis benda yang bukan-bukan tapi improve skit.
4th dan hari -hari mendatang - aku rasa siang setakat ni x de  masalah. malam je lah, sebab dia pun x sedar. Malam tu kalau aku tersedar and nampak dia hisap jari aku kejut. Nanti dia lepaskan.

Setakat ni, pada aku alhamdulillah. memang nampak improvement. tapi tak tahulah kalau benda ni sementara je. Dekat sekolah pun aku tak boleh control.

Pesanan aku aka kalau sesiapa nak hentikan tabiat anak: 

1. MAK & BAPA kena cekal and keras hati.
2. BERSABAR dengan kerenah dia sepanjang tempoh ini.
3. Berdoalah banyak-banyak.

***kalau ada apa-apa perubahan negatif ke positif ke aku maklum lagi. Bukan apa, anak aku ni kalau aku sebut or cerita je pasal dia, dan-dan benda tu dah tak berlaku lagi. Cth: anak aku makan banyak sekarang..Dan2 lepas tu dah tak makan dah...tak tau lah kenapa.Hope sangat hisap jari ni dapat dihentikan sepenuhnya.


Monday, November 5, 2012

#3 Toddler Activity - Hantu Tepung Jagung

Sabtu Pagi Biasanya hari aku beraktiviti dengan budak anak. Bapak anak kerja, aku lah yang duk melayan budak-budak ni. Saja bagi diaorg aktiviti. Kesian dengan diaorg sebab duduk dalam rumah je.

Sabtu lepas aku ajak diaorang main tepung. Pernah buat aktiviti ni dulu, si Balqis happy sangat sebab boleh umpahkan barang tanpa kena marah dengan omaknya yang garang macam singa.

Kali ni aku malas nak bekerja lebih. so segala aktivit aku buat dekat luar rumah.

Sebelum aku terlupa, bahan-bahan yang terlibat:

1. Tepung jagung
2. Bekas untuk isi tepung
3. Air


4. Kalau korang nak, letak le pewarna.


Langkah-langkah.


  • Macam biasa, aku bagi diaorang makan dulu.

Kitaorang makan dekat luar. Dua-dua kagum sebab dapat makan dekat luar. 

Tapi yang hampehnya, diaorang boleh jerit MAMA NAK MEE Maggie lagi..
Mak korang memang le guna mee maggi tapi kuah buat sendiri tau..Satu taman dah tau aku bagi anak aku makan mee maggiee..

Khayla tu kalau makan dekat bawah (bersila) macam ni fail sikit. Jauh kot nak sampai ke mulut.
THEN STAT ACTIVITY..

  • Masukkan tepung dalam bekas, dan bagi air dekat budak anak. Suruh lah diaorang kacau.







  • NOW diaorang dah boleh start bersuka ria dengan tepung tu. Lantak diaorang lah nak buat apa. Kalau tumpah pun tak pe, sebab dekat luar rumah.









  • And this is teh result hasil suka ria tu.....
.
.
.


.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.



HAntu tepung kecik

Hantu Tepung besar

Tu tak termasuk kereta aku yang diaorang sapu sekali. Konon-kononnya tolong mama wash car.

Penutupnya, aku bagi diaorang mandi dekat luar. tak snap pic sbb tangan dah basah.



Monday, October 15, 2012

#Toddler activity : Tampal menampal

Ni fisrt post aku pasal toddler activity (aktivity dengan anak aku lah tu).
Kenapa aku suka buat aktiviti dan apa tips-tipsnya aku akan share dengan korang nanti.

Actually, aktiviti ni tak dirancang pun. Balik dari kerja, aku bagi diaorang makan dulu.





Lepas tu baru start projek.

Bahan-bahan:

1. Kertas lukisan (kertas apa-apa pun boleh)
2. Gam
3. Marker @ apa-apa yang boleh guna untuk menulis


Kaedah:

1. Lukis betuk di atas kertas lukisan, Bulat, petak, suka hati korang
2. Koyak kecil kertas - Koyak bersama-sama dengan budak anak
3. Suruh budak anak sapu gam dan tampal kertas yang telah dikoyakkan pada bentuk yang dilukis tadi. Pastikan semua kawasan telah ditampal. Siap.


*** Aktiviti simple tapi still membolehkan budak anak fokus and masa terisi dengan seronok.









Monday, October 8, 2012

Adik beradik perlu berkongsi ??

Aku pernah terbaca, sebagai ibu bapa kita kena ajar anak supaya berkongsi a.k.a share dengan adik beradik dia yang lain. Aku Memang praktikkan. Alhamdulillah pernah berjaya, TAPIIII, lately ni macam dah kureng skit. Almaklumlah, si adik dah mula faham dan mula tahu mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak.

Teringat lagi masa diaorang duk berebut ice cream yang papa diaorang beli, yang anak bagai nak gila begaduh, si mak sibuk amik gambar.. let the pics talk ...




Delisya -winner of the month






Perlu atau tidak Meja Makan @ Meja Aktiviti Anak-anak

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun akan beli maja untuk aktiviti anak-anak. Maksud aku buat masa ni lah  dengan budak anak keci lagi.  Sebabnya, masa aku kecik mana ada meja semua bagai.

Untuk itu aku dah senarai kan baik buruk dia (this is how i get ideas to make decision. ala yang macam kita belajar time Form 3)


Kebaikan.

  1. Boleh disiplinkan budak anak supaya ikut arahan. Cth: Suruh duduk atas kerusi untuk jangka masa yang lama.
  2. boleh sediakan persekitaran yang selesa untuk budak anak buat aktiviti.
  3. budak anak ada meja makan sendiri and diaorang akan feel macam orang dewasa

Keburukan.
  1. Semak rumah, makan space wei. tapi pada aku, tak pelah..korbankan skit ruang dalam rumah tu.
  2. makan modal jugak. Untuk ini, korang yang berhajat, boleh try looking for preloved. Tapi if korang berhajat nak anak ramai, boleh beli kot sbb aku rase it is a good investment. lps x nak guna boleh jual balik.

Lataran itu, aku pun buat keputusan untuk beli, dan yang menjadi pilihan adalah -->>>


 IKEA MAMMUT TABLE AND CHAIR


Untuk MAMut ni, dia ada dua-jenis, yang aku jumpa lah. Yang bulat dan yang petak



Memula aku nak ambil yang petak je. senang nak tolak ke dinding. Tapi atas dasar nak guna long term ,aku ambil yang bulat. kononnya boleh muatkan 5 orang  pada satu masa. Kira empat orang budak anak, 1 budak emak..(HAHAHA berangan tak hingat).

Aku beli gak kerusi macam dekat bawah ni. Aku beli pink dan biru.





So dengan ini secara rasmi, budak anak sudah ada meja makan :

Sebelum Pasang



Meja Makan Kami

Terbaiklah Mama...

Aktiviti pertama kami