Monday, November 12, 2012

#6 Cara Ubah tabiat hisap jari

Untuk makluman korang, anak aku yang sulong (aik betul ke eja macam ni)  penghisap jari tegar.
Aku perasan tabiat ni dia mula dari dalam pantang lagi. Masa tu, habis sarung tangan dia hisap sampai basah. 
Anak aku memang jarang aku bedung sebabnya aku rasa kesian dia panas (tettttttt  . sial jangan ikut tabiat ini). 

Masa umur berapa bulan ntah, tak ingat.

Aku memang tak suka dari awal, tapi ada orang cakap biarkan, nampak comel lah apa lah. Tapi lama-lama aku tak boleh tahan, risau aku. Ada yang aku dengar benda ni boleh berlanjutan sampai besar.

macam-macam aku dah buat. Letak warna, letak handiplast, letak garam, letak minyak gamat tapi tak jalan gak. Samapi pernah aku suruh satu staff dekat office ni marah anak aku pasal dia hisap jari. Yelah , si Balqis ni takut dengan staff tu a.k.a abang hussien (juruteknik) dekat office aku tu.

Tapi baru ni, nak jadikan cerita,  dia demam n kena ulser dalam mulut. So aku cakap nak bawak p klinik. Dia melalak-lalak nangis tak nak pergi. Sebabnya kali terakhir dia demam, dia kena amik ubat demam yang masuk dekat punggung (sopan tul bahasa aku. Dekat rumah aku panggil ubat ni ubat bontot je) dan amik darah sebab masa tu daktor takut dia kena denggi. So dia fobia gila. Anak aku ni jenis kalau demam terus mencanak naik sampai 29.5c gitu.

So aku ugut dia, kalau tak nak p klinik tak boleh hisap jari. Kebetulan memang aku dah standby ubat dekat rumah. So malas nak p klinik. Petang tu dia belasah makan durian,  kalau aku bawak p klinik pun doktor sure tak masukkan ubat tu. Dia setuju.

1st day - kesian wei, dia jadi macam lemah, lembik je. sebelum tidur menangis. tengah malam menangis. 
2nd day - minum susu sampai berbotol-botol before dapat tidur. malam tak nangis sebabnya dia hisap jari aku tak peraasan.
3rd day - masih menangis benda yang bukan-bukan tapi improve skit.
4th dan hari -hari mendatang - aku rasa siang setakat ni x de  masalah. malam je lah, sebab dia pun x sedar. Malam tu kalau aku tersedar and nampak dia hisap jari aku kejut. Nanti dia lepaskan.

Setakat ni, pada aku alhamdulillah. memang nampak improvement. tapi tak tahulah kalau benda ni sementara je. Dekat sekolah pun aku tak boleh control.

Pesanan aku aka kalau sesiapa nak hentikan tabiat anak: 

1. MAK & BAPA kena cekal and keras hati.
2. BERSABAR dengan kerenah dia sepanjang tempoh ini.
3. Berdoalah banyak-banyak.

***kalau ada apa-apa perubahan negatif ke positif ke aku maklum lagi. Bukan apa, anak aku ni kalau aku sebut or cerita je pasal dia, dan-dan benda tu dah tak berlaku lagi. Cth: anak aku makan banyak sekarang..Dan2 lepas tu dah tak makan dah...tak tau lah kenapa.Hope sangat hisap jari ni dapat dihentikan sepenuhnya.


No comments:

Post a Comment