Monday, November 5, 2012

#3 Toddler Activity - Hantu Tepung Jagung

Sabtu Pagi Biasanya hari aku beraktiviti dengan budak anak. Bapak anak kerja, aku lah yang duk melayan budak-budak ni. Saja bagi diaorg aktiviti. Kesian dengan diaorg sebab duduk dalam rumah je.

Sabtu lepas aku ajak diaorang main tepung. Pernah buat aktiviti ni dulu, si Balqis happy sangat sebab boleh umpahkan barang tanpa kena marah dengan omaknya yang garang macam singa.

Kali ni aku malas nak bekerja lebih. so segala aktivit aku buat dekat luar rumah.

Sebelum aku terlupa, bahan-bahan yang terlibat:

1. Tepung jagung
2. Bekas untuk isi tepung
3. Air


4. Kalau korang nak, letak le pewarna.


Langkah-langkah.


  • Macam biasa, aku bagi diaorang makan dulu.

Kitaorang makan dekat luar. Dua-dua kagum sebab dapat makan dekat luar. 

Tapi yang hampehnya, diaorang boleh jerit MAMA NAK MEE Maggie lagi..
Mak korang memang le guna mee maggi tapi kuah buat sendiri tau..Satu taman dah tau aku bagi anak aku makan mee maggiee..

Khayla tu kalau makan dekat bawah (bersila) macam ni fail sikit. Jauh kot nak sampai ke mulut.
THEN STAT ACTIVITY..

  • Masukkan tepung dalam bekas, dan bagi air dekat budak anak. Suruh lah diaorang kacau.







  • NOW diaorang dah boleh start bersuka ria dengan tepung tu. Lantak diaorang lah nak buat apa. Kalau tumpah pun tak pe, sebab dekat luar rumah.









  • And this is teh result hasil suka ria tu.....
.
.
.


.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.



HAntu tepung kecik

Hantu Tepung besar

Tu tak termasuk kereta aku yang diaorang sapu sekali. Konon-kononnya tolong mama wash car.

Penutupnya, aku bagi diaorang mandi dekat luar. tak snap pic sbb tangan dah basah.



No comments:

Post a Comment