Monday, November 5, 2012

#2 Being Organized - Baju Anak

Kain yang berlambak tak lipat dengan alasan kita sibuk bekerja adalah perkara biasa. Hahaha..
Dulu tak terasa sgt, tapi since skarang ada dua orang budak kecik  plus dengan mak bapa diaorang lagi, kain baju adalah sgt banyak...ngeri tengok wei..

Oleh kerana itu, atas dasar kerajinan yang lahir dari sifat semulajadi (sila muntah hijau),  aku ajar dekat korang macam mana akunya praktice. Setakat hari ni aku rasa membantulah. Aku pun tak stress, kerja pun jalan.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Asingkan baju-baju anda ikut kategori: kalau nak senang sedia akan bakul ikut kategori.


  •     Macam aku aku ade 4 bakul: bapak anak, mak anak, budak anak 1, budak anak 2.
2. Amik satu bakul, bawak depan TV dan selesaikan. Macam aku, yang Mak Bapak budaknya baju aku hanger je. Seluar , towel tu aku lipat lah. Kalau korang rasa malas, amiklah satu hari satu bakul. Kejap je sebenarnya. Korang pun buat dengan hati yang ikhlas, tak sakit hati ->>>>> kerja jadi lebih cepat dan mudah.



3. Untuk baju budak anak, matchkan siap-siap. Senang untuk bawak baju tu ke taska nanti.

4. Dalam almari aku susun macam gambar dibawah bagi memudahkan aku buat pencarian nanti. Kalau tak , sure ada baju yang tak terpakai sebab tak nampak.







No comments:

Post a Comment