Assalamualaikum,
Aku perasan ramai gak yang ke blog aku ni sebab baca pasal Taska Ayu Manja Presint 14.
Oleh itu biarlah aku bagi sedikit info yang aku harap bergunalah untuk anda-anda semua.
Untuk masuk taska ni korang kena apply...ye..apply yang bila mana anak korang terpilih, korang akan dimaklumkan. Hanya anak warga KPM sahaja yang dibenarkan. Apply bukan lah maksudnya hari ni korang hanta borang esok dapat ye, tuggu que sampai turn anak korang. Bersabarlah..ada yang makan masa setahun.
Bagi yang baru mengandung, aku nasihatkan sejurus mengandung, korang pergi amik borang and apply. Tapi dengarnya bila kandungan berusia 6 bulan baru boleh apply (ni latestnya info lah) masa aku dulu ok je, aku 3 bulan mengandung, aku apply. Anak aku masuk 7 bulan baru dapat. Alhamdulillah..
Dari segi yuran lak, YURAN TAHUNAN buat masa sekarang ni 200. Yuran Bulanan lak 280.
YURAN TAHUNAN TERMASUK: Peralatan mandian , susu (so tak payah bawak lagi dah benda-benda ni)
Sama harga dari bayi ke 5 tahun.
Taska ni ambil budak dari baby sampai ke 5 tahun and kalau tak silap aku dia memang berdaftar and bawah program PERMATA.
Apa yang aku suka pasal taska ni:
1. Anak korang akan start potty train bila umur 2 tahun. Cikgu-cikgunya sangat gigih ok.
2. Dia orang ada aktiviti sepanjang berada di taska, tak duduk melahulah kiranya.
3. Anak-anak di latih untuk berdikari.
4. Anak-anak kadang-kala dibawa keluar dan main di perkarangan sekitar kawasan office ni.
5. Ada aktiviti luar yang akan libatkan anak-anak. cth: LAwatan ke petrosains, hari keluarga taska
Anak di kelas toddler masih boleh minum dari botol. Ibu bapa hanya sediakan susu yang akan dibancuh oleh cikgu.
Bagi dua tahun keatas, no more botol susu ye. Semua minum susu default yang sekolah sediakan dan dalam cawan. Jangan risau, insya allah ok.
Ini jelah buat kali ini. Kalau aku teringat lagi, aku tulis lagi ek..tq.
No comments:
Post a Comment