Tuesday, April 2, 2013

Langit Tak Selalu Cerah - #Mode Sedih

Hari ni tak tau nak kata apa.  Malang ke apa ntah.

Mula dengan bangun pagi yang lambat. Siap-siap p kerja, kejar punch card..
Pastu balik rumah siapkan bebudak. Hantar bebudak p sekolah. Dan mausk opis.
Semua nya kembali tenang pada pukul 9.30 pagi.

Kehidupan berjalan seperti biasa sampai lah ada 1 annoucement yang suh aku alihkan kereta. Ok.(Blocking kereta dekat opis aku ini adalah perkara biasa). Janji ko tak tarik hand break , free gear or ko tinggalkan no telefon.. so tak da masalah. Semua orang dekat kementerian aku ni sangat tolerate(tapi bila kes hari ni, so aku rase x semua tolerate). Tak macam sesetengah orang (kenapa aku cakap sesetengah, sebab aku penah jumpa ada yang siap tolong tolak kereta lagi bila jiran sebelah dia kena block dan semunye ok je..tak de nak marah-marah) dekat kementerian sebelah. kacau sikit kawasan dia pun dia akan marah. Tu belum ko paking dekat tempat dia. Susah nak paking katanya. (Wei...p improve konye skill parking le wei..hihi..tetap nak salahkan orang lain.walhal aku sendiri yang merempat tak de parking) .


Lepas annoucement tadi, aku pun turun, tetiba dapat phone call, mula-mula elok je tanya..sapa ni..bahagian mana? pastu tu terus meroyan orang tu marah-marah. Anatara ayat dia " Awak tau tak 7 biji kereta tak boleh keluar sebab awak block dekat situ""Tu pun awak tak boleh fikir ke?""Blablabla" sambil terjerit-jerit. " Siap cakap bodoh lagi ye.


Kepada puan punya kereta , oleh kerana tadi saya tak diberi langsung peluang nak cakap (sebab puan terjerit-jerit meroyan tanpa ada ruang kosong) ni jawapan saya. Puan maybe tak baca..tapi cukup le saya dapat puaskan hati saya:

1. Puan call saya pukul 12, masa saya turun tu saya bayangkan owner 7 biji kereta tengah dalam kereta sebab nak kuar dengan perasaan marah, tapi sorry..tak de pun saya tengok. yelah. kul 12 kan. belum lunch hour apa.

2. saya kan ada tinggal no telefon saya. Kenapa puan tak call je. So puan tak perlu ke kaunter guard dan buang masa.

3. Maybe puan ada emergency, tak pelah. Dalam hati saya mungkin puan mengalami masalah berikut:
       a. puan tak de handphone
       b. handphone puan kena barred or tak de creadit
       c. puan ada emergency seperti kematian ( biasanya orang dalam keadaan emergency tak boleh berfikir secara waras)


So, peace no war...cuma terkilan gak lah bila orang call ko maki-maki sambil terjerit-jerit meroyan macam tu. Maafkan atas kesilapan saya telah block laluan parking puan. Semoga kita tak ditakdirkan berjumpa atau bekerjasama.




No comments:

Post a Comment