Seluruh negara terasa kehilangan MH370 ni... apa yang aku rasa,
Rupanya, masih ada rasa kasih sayang sesama manusia..
Masih wujud perasaan itu, kita yang tak de kena mengena ni turut rasa sebak dalam hati.
Tak kiralah bangsa atau siapa yang jadi mangsanya, semua pun terasa dan terus mengharapkan sesuatu yang baik.
Kalau ikutkan, kita boleh je ignore, bukan kita kenal pun..Tapi sebagai manusia normal, automatik kita rasa sebak kan...aku berani cakap if kita berada dekat airport mase semua waris dikumpulkan, kita pun mesti menangiskan.
Teringat pagi tadi aku terdengar dekat radio, buat masa ini, perkataan sabar bukanlah satu perkataan yang patut kita ucapkan pada waris mangsa. Begitu juga if ada kawan-kawan kita mengalami kecelakaan, tolong jangan terus cakap sabar. Kerana pada ketika itu, si pendengar akan rasa marah sebabnya dia dah tau dah kena sabar tak payah cakap and dia akan rasa marah sebab bukan dia tak tahu.
Akhir kata, Ya Allah selamatkan orang-orang di dalam MH370. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.
No comments:
Post a Comment