Friday, December 20, 2013
Fashionista vs Hijabista
Lagi-agi kalau shopping perfume, macam best je.
Tadi time rehat as usual pi melawat tanah jajahan Alamanda. Then sementara tunggu kawan bayar aku p le ronda-ronda ke departmen baju-baju perempuan. Banyak baju cantik-cantik rupanya dekat sini. Bila macam tu, baru perasan, aku memang tak pernah tengok-tengok baju dekat situ.
Bila fikir-fikir balik, memang lama dah tak beli baju. Patut le duk ulang baju yang sama je. Bila sale ke ape, mesti cari baju budak-budak tu dulu. Ermm, kalau tak beli baju, kemana duit aku abis sebenarnya ek.
Bila nak beli baju mula lah rasa baik aku beli bila dah kurus nanti, kihkihkih..harapan wei..Kesudahnya nanti memang lah tak beli.
Bercerita pasal kurus, berat aku dah turun 2kg. Kira berat aku sekarang lepas 3 bulan bersalin adalah 52kg.
Bila balik duk rumah sendiri ni lagi susah nak turun aku rasa. Yalah, bila masak, lauk tak abis, aku le tolong perabiskan. Gila ko nak buang. Sayang wooo...Orang dalam rumah tu pun satu. Bila aku masak sikit semua makan beria sampai tak cukup. Bila aku masak lebih, tak berabih pula.
Maybe korang rasa aku ni baru je 52kg nak kecoh..hihi. Tak le, sebelum ni aku 44 kg je kot. Ni sampai anak aku yang umur 4 tahun pun cakap aku gemuk. Eh tak!! dia kata aku tak gemuk tapi BESAR. Sungguh hampes budak-budak itu. Tapi diaorang juga lah yang support aku suh kurus. Siap setuju nak makan banyak supaya emaknya tak pelu abiskan lauk. Bila aku cakap nak aerobik n tima tu diaorang nak tengok cerita, sanggup berenti sebab nak bagi peluang mama guna laptop. Semata-mata nak suh mama kurus. Motifnya, sebab diaorang malu nanti bila orang cakap mama diaorang tak cantik. Boleh macam tu ye.
Tuesday, December 17, 2013
3 Bulan Sudah berlalu
Sian blog ni ha, mmg terabai gila. Aku berangan nak tulis, tapi selalu tefikir ada ke orang baca. Beria je tulis, macam syok sendiri. Tapi bila fikir-fikir balik, tak pe lah. Tujuan aku tulis pun lebih kepada untuk catatan and kenagan diri sendiri.
So akan aku gagahkan juga diri untuk menulis semula. BERUSAHA..haha.
Aku akan cuba untuk update blog setiap hari. (
Friday, October 18, 2013
Gemuk selepas bersalin
Aku dah sebulan lebih bersalin, secara tepatnya 37 hari. Setakat ni tak de pun perubahan pada berat badan ye puan-puan sekalian.
Ni aku nak bagi korang buat calculation sikit.
Berat sebelum mengandung adlaha 44kg.
Berat sebelum bersalin adalah 60kg.
Berat baby 3.5kg.
Berat uri, air kutuban dll +-1.5kg.
Berat selepas sebulan berpantang adalah 54kg.
Agak-agak berapa penurunan berat yang telah berlaku sepanjang berpantang setelah ditolak berat baby n uri semua bagai?
Tapi oleb kerana aku ni melayu sejati, so still cakap, eh tak pe, BMI still normal lagi tu.(Tak gemuk lagikan?)
Agak-agaknya kan boleh tak aku turun 6kg dalam masa 2 bulan?
Sekali lagi ayat Melayu sejati keluar, aku ambil masa 9 bulan naikkan badan sebanyak 16kg, takkan 2 bulan je boleh turun n capai berat badan tu semula.
18 Dis 2013 nanti aku tulis lagi hasil keazaman aku ni? Berjaya ke tak aku turunkan 6kg aku ni
Monday, October 14, 2013
Jaundice :Tinggi atau rendah
6. Sampai dekat NICU, anak korang akan diambil darah sekali lagi. And dia start preparekan baby untuk rawatan bawah lampu tu.PHOTO apa ntah. Biarkan diaorang buat kerja dia..
Baby hanya akan pakai pampers and penutup mata |
a) korang nak fully breast feed anak korang.so bila dia nak susu korang boleh terus bagi.
Kalau korang tak nak tunggu:
a) pihak hospital akan bagi formula milk menggunakan feeding cup. (Alah, cawan kecik ala-ala cawan ubat tu)
Rooming-in
Ini aadalah satu bilik yang disediakan untuk ibu yang menuggu baby. Untuk Hospital Kluang, disediakan 4 katil yang lengkap beralmari, toilet dan pantri untuk ruang makan. Mereka juga ada sediakan sofa yang boleh ditransfom jadi katil.
Susuna katil dan kerusi yang belum di tukar. |
Kerusi yang telah ditukar.Pada aku bolehlah dari tak de. |
ibu boleh keluar masuk bilik baby ikut suka. Dapatlah korang susukan baby engan selesa.
Bagi yang rooming in, makanan ada disediakan oleh pihak hospital. So jangan risau.kalau tak nak kafe pun dekat je.
Apa yang perlu korang bawa:
a) kelengkapan mandi
b) selipar - senang nak keluar masuk toilet and bilik baby
c) air mineral
d) biskut or 3 in 1 punye air- kot-kot lapar
e) breast pump -elakkan bengkak susu.
f) baju korang le
g) pampers baby and wet tissue- korang kena tukar sendiri untuk baby ye. So jangan lupa check pampers baby masa menyusukan. Nak senang tinggal dekat kayil baby sebab incase korang tak datang masa baby nangis sbb buang air, nurse akan tolong tukarkan.
h) GL ye..jangan lupa.Sebab aku pun lupa hari tu.Nasib baik dia boleh check dari hrmis.
Tu je.nanti aku share lak tips or petua yang aku tau untuk turunkan jaundice ni.
Wednesday, September 25, 2013
Introducing, Nin ke-3
11 sept 2013 aku dah selamat melahirkan puteri ketiga aku dekat Azzahrah Bangi.
Aku start rasa pagi Selasa tu, tp mild contraction je.
Aku memang dah plan nak cuti hari tu. Sakit ke tak aku memang aku nak cuti. Tak larat dah nak pergi office. Pagi-pagi hantar budak dua orang tu pergi taska. Then pergi sarap dengan encik suami pastu lepak dekat rumah.
tapi orang perempuan ni memang x de lah istilah lepak sesaje dekat rumah. Mesti ada benda nak buat. Sampailah pukul 3, encik suami call nak ajak pegi Seremban then balik singgah tengok rumah. Aku follow je, sebab lama dah tak datingkan.
otw blk tu kiteorang singgah makan nasi beriani, time tu terperasan dah keluar tanda. Keluar tanda darah skit. Aku terus call mak aku suh datang. Whatapps geng aku, tapi hampes diaorang ni.. menakutkan aku. Diaorang yang gelabah lebih, dikala tu aku x de pape pun..tapi bila baca msg2 diaorg ni, buat aku gelabah le jugak.
Lepas maghrib mak aku gerak and sampai dalam kul 10 lebih. Time tu aku dah kemas-kemas nak pergi hospital. Still x sakit sgt..biasa-biasa je. Siap rasa tak payah pergi lagilah. Tapi dalam kul 12 gerak gak lah ke hospital. Budak-budak tinggal dengan mak aku.
Panjang lak aku bercerita...letih lak nak taip.
kesimpulannya, aku start sakit mcm nak gila dalam kul 1 lebih dekat kul 2 the kul 3.20 aku selamat melahirkan baby ke tiga aku.
Nin Hasya Fatiena binti Mohd Khairul Azam |
Tarikh Lahir: 11 Sept 2013
Hari: Rabu
Masa:3.20 pg
Tempat: azzahrah bangi
Berat:3.5kg
Panjang:53cm
Monday, September 9, 2013
Nak muntah dah aku ni
Tak tau dah nak buka n tengok apa? tak de ke nak buat kerja lain, manam pokok ke?
insyaallah kalau panjang umur paling kurang 30 tahun lagi aku akan ngadap komputer ni..huhu...
apa aku merapu ni wei, huhu...
Friday, September 6, 2013
Menghitung Hari - 3rd Pragnency
Untuk rekod , lagi seminggu aku nak due, huhu. Tiap hari aku mengharap aku besalin awal ..kira tak yah tunggu sampai due. REASON???? sebab aku dah malas nak p kerja..hahaha..boleh? Tapi bila terfikir pernah dengar ceramah ke apa ntah, Sesungguhnya ALLAh lagi tahu yang terbaik untuk kita, so aku insaf skit. Ntah-ntah aku tak ready agi sebenarnya, sebab tu baby tak keluar lagi. ALLAH tu sebai-baik perancang. Amin, moga dipermudahkan semuanya.
Apa yang aku nak buat sepanjang cuti 3 bulan nanti?? Tak Fikir lagi.
Kalau ikut dalam hati ni aku nak melayan cerita Korea sampai muntah and baca buku or novel sampai lemau. Tapi mau aku kena libas dengan bapak aku."Awok ni cuba la zikir-zikir ke, baca buku agama ke? Ni dah beranak pinak tapi duk layan cerita and baca buku tak senonoh and tak de faedah"..huhu... Rindu wei nak layan cerita korea macam zaman-zaman bujang..Teguling je bawah selimut sambil layan cerita.
Aku harap time pantang tu rajin le aku mengupdate blog aku,cerita pasal cara aku pantang ke? Pasal baby ke kan...
Hope korang doakan aku selamat bersalin dan dipermudahkan segalanya. Amin...
Tuesday, July 2, 2013
3rd pregnancy- Update
Diam tak diam aku dah masuk 7 bulan aku mengandung. Lagi 2 bulan lebih, insyaallah.Excited lak aku.
budak anak yang lagi dua orang pun aku dah maklumkan..Gender? huhu...sampai sekarang aku x tau..even dah penah p 4d scan. huhu, tak pelah...mana2 pun ok..
Perkembangan:
- hari ni mula lah sesi menanda pergerakan.
- bermula jugak sesi 2 minggu sekali p klinik
-barang satu apa pun tak ready lagi. maybe lepas ni kena start buat check list. yelah check list nak besalin lagi, baby, budak anak yang sedia ada, brg nak blk bepantang dekat kampung lagi.
Perasaan:
- syukur alhamdulillah. memang kalau orang tengok huru hara hidup aku, anak rapat-rapat. tapi aku suka. Sebab diaorg membesar sekali. Macam yang dua orang tu aku rasa dah lega sikit. dah x de dah sesi bangun malam buat susu. buat sebelum tidur smpai le pagi esoknya. Bangun nak pegi sekolah baru buat.
Harapan aku, moga selamat semuanya..Amin.
Ko tidak Amanah!!
Monday, June 24, 2013
Apa yang ada dalam list doa kita?
Aku pelupa wei ....seyes..Sampai satu tahap, nak doa untuk lepas sembahyang pun aku ade list, agar ada yang aku tak telupa. Huhu...(
Khamis hari tu aku terdengar forum perdana (kalau tak silap aku), dalam doa yang kita baca hari-hari, ada tak kita selitkan doa untuk negara kita or umat islam yang lain dalam dunia ni.
Contoh doa untuk negara: kurniakan kami negara yang aman damai, banyak peluang pekerjaan ke, rakyat bersatu padu..
Macam tu jugak doa-doa untuk umat Islam yang lain. Cth: Palestin ke...
Doakan senjata umat ISLAM.
Renung-renungkan, dan selamat beramal...
Monday, June 3, 2013
Saturday, June 1, 2013
kisah mee hoon
hari ni dekat sekolah budak anak ada parent yg belanja makan mee hoon singapore. aku perasan time anta si adik.suka bebudak dekat sekolah..yelah selalunya makan roti separuh...or koko cruch or sosej ke..benda-benda macam tu lah... anak2 aku terutama balqis mmg suka kalau makan mee hoon ni..aku balik je kereta terus ckp..kakak..ari ni makan mee hoon.(ari ni si kakak nak susu.so aku tinggalkan dalam kereta sementara tunggu papa dia datang anta susu).
dia sukalah...dia cakap...mama..tapi kakak nak minum susu satu je...lepas tu kita pegi sekolah cepat2 ok?..aku layankan je..
td before tidur aku tanya dia kakak makan mee hoon tak?and jawapan dia. ...... tak mama..dah habis.yang ada semua simpan untuk shasha..aku x taulah sapa si shasha or betul ke tak ape dia cerita tu..aku cuba tukar cara soalan..tapi jawapan tetap sama..adoiiii mengalir air mata aku weii...kesian sangat aku rasa..even aku x pecaya sepenuhnya apa dia ckp...tapi if betul..adoi aiiii...serius..tak tahan..aku kalau pasal makan ni sensitif...ni kan pulak kalau yang tak dapat makan tu budak anak...
ntah lah..aku over react or ape...yang penting memang sentaplah. tengah sentap2 ni boleh pulak budak anak tanya mama sakit perut ek..nanti kakak letak ubat kakak ek..ubat kakak hebat...
Ya Allah.,Kau murahkanlah rezeki anak-anak kami...peliharakanlah kesihatan mereka dan kebajikan mereka ketika mereka jauh dari kami...amin..
Tuesday, May 7, 2013
Racist - Apa sumbangan anda?
Erm..Ni buat aku tefikir, kita selalu cakap bangsa lain selalu cuba jatuhkan bangsa kita. Tapi kita sendiri apa yang kita buat untuk bangunkan bangsa kita? Halang bangsa kita dari ditindas?
Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan?
Korang tengok contoh syed mokhtar al Bukhary (ni base on apa yang aku baca), dia memang kaya. Orang kata dia banyak monopoli itu dan ini, tapi dia ade buat return balik kepada masyaratkat dan kaum dia? (I'm proud of you sampai pernah rasa, Allah memang tak salah pilih Tuan sebagai orang kaya). Macam-macam dia buat untuk orang sekeliling dia. Kita tak boleh harap dia akan sara kita setiap bulan. Tapi dia ada buka peluangkan kepada kita.
So base on tu, aku terfikir, apa yang aku dah sumbangkan kepada kaum aku, bangsa aku dan orang sekeliling aku??? Kalau aku pandai buat kek, aku dah bukak kelas suh korang datang belajar..So korang leh buat duit lak. Tapi aku tak pandai pun.Hihi..
Zakat???Ermm bolehlah dikira satu sumbangan..daripada takde. :-)
Jangan takut untuk share ilmu ( standard orang Melayu lah, takut orang lebih n dapat keuntungan lebih dari kita).. Percaya yang rezaki dari ALLAH. Mana tau kalau kawan kita dah kaya, tetiba dia teringat dekat kita. Ada peluang-peluang best dia bagi tau kita.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
p.s:// kalau korang ada tahu apa-apa aktiviti or benda-benda yang boleh aku buat, yang boleh bagi kebaikan kepada masyarakat bagi tau ek.
Sunday, May 5, 2013
Pengundi Hantu---siapa punya
then aku ada few soalan...aku x bijak politik dan x berapa tahu psl politik..so kalau soalan aku kurang cerdik maafkanlah ye...
1.dihebahkan SPR telah diragui ketulusannya dalam mengendalikan pru..katakan yang menang adalah pihak pembangkang...adakah ketulusan spr akan twtap diragui??
2.knp still ada pengundi hantu sdgkan ada wakil kedua2 belah pihak dkt setiap tmpt mengundi? wakik2 tu tidur ke ape?
3. bersihkan 3 dikatakan akan berlaku sekiranya pr kalah...kalau menang...akan ada x?bersih 3 dianjurkan sbb rakyat rasa pru ada pembohongan...tapi kalau pr menang..tetiba dia org rase spr dah jlnkan tugas dgn betul ke?
nnti aku ada tepikir soalan lagi aku tnya lagi..
Tuesday, April 16, 2013
New BIG Project
Hope kali ni menjadi.
First Step dah mula. Hopefully menjadi le...Amin.
Friday, April 5, 2013
Antara fitnah dan kebebasan bersuara
Ni antara benda yangaku perasan dekat FB (
Dah point aku is, korang perasan tak selalu je orang macam ala-ala print screen apa-apa komen dekat FB then publish. Contoh:
ada satu akaun nama dia timah binti endot.. siap gambor bagai...
Then dekat status dia, dia tulis ----> PAS bodoh, tak boleh pakai nik aziz blablabla...
(ayat diatas di atas adalah contoh ye. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)
Then orang pun pakat print screen, pos dkt FB memasing, then pakat le kutuk reramai...
Pernah tak tefikir yang ntah-ntah tu bukan akaun sebenar si timah endot tu. Ntah-ntah orang cilok je gambar dia dekat mana-mana, create FB dia dan pretend as tuan empunye diri..Walhal tuan empunya badan tu tak tau hujung pangkal.. Pastu katakan yang jumpa gambar tu kengkawan dia....nak2 berlainan ideologi politik...haa kan tak pasal..
Dan pernah tak korang terfikir ntah-ntah ada orang dah create satu akaun FB guna gambar korang and buat post-post yang mengarut macam ni???
Apa-apa pun, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak. Agak cuak untuk pilihan raya kali ini.
Tak tahu apa akan jadi..Hope keamanan akan kekal dan negara akan lebih maju..
Tuesday, April 2, 2013
Langit Tak Selalu Cerah - #Mode Sedih
Mula dengan bangun pagi yang lambat. Siap-siap p kerja, kejar punch card..
Pastu balik rumah siapkan bebudak. Hantar bebudak p sekolah. Dan mausk opis.
Semua nya kembali tenang pada pukul 9.30 pagi.
Kehidupan berjalan seperti biasa sampai lah ada 1 annoucement yang suh aku alihkan kereta. Ok.(Blocking kereta dekat opis aku ini adalah perkara biasa). Janji ko tak tarik hand break , free gear or ko tinggalkan no telefon.. so tak da masalah. Semua orang dekat kementerian aku ni sangat tolerate(
Lepas annoucement tadi, aku pun turun, tetiba dapat phone call, mula-mula elok je tanya..sapa ni..bahagian mana? pastu tu terus meroyan orang tu marah-marah. Anatara ayat dia " Awak tau tak 7 biji kereta tak boleh keluar sebab awak block dekat situ""Tu pun awak tak boleh fikir ke?""Blablabla" sambil terjerit-jerit. " Siap cakap bodoh lagi ye.
Kepada puan punya kereta , oleh kerana tadi saya tak diberi langsung peluang nak cakap (sebab puan terjerit-jerit meroyan tanpa ada ruang kosong) ni jawapan saya. Puan maybe tak baca..tapi cukup le saya dapat puaskan hati saya:
1. Puan call saya pukul 12, masa saya turun tu saya bayangkan owner 7 biji kereta tengah dalam kereta sebab nak kuar dengan perasaan marah, tapi sorry..tak de pun saya tengok. yelah. kul 12 kan. belum lunch hour apa.
2. saya kan ada tinggal no telefon saya. Kenapa puan tak call je. So puan tak perlu ke kaunter guard dan buang masa.
3. Maybe puan ada emergency, tak pelah. Dalam hati saya mungkin puan mengalami masalah berikut:
a. puan tak de handphone
b. handphone puan kena barred or tak de creadit
c. puan ada emergency seperti kematian ( biasanya orang dalam keadaan emergency tak boleh berfikir secara waras)
So, peace no war...cuma terkilan gak lah bila orang call ko maki-maki sambil terjerit-jerit meroyan macam tu. Maafkan atas kesilapan saya telah block laluan parking puan. Semoga kita tak ditakdirkan berjumpa atau bekerjasama.
Monday, April 1, 2013
Home work - balqis
Kehulu kehili kertas tu dia bawak..sampai kena kicap le..geram aku. Lepas makan malam,dia naik dengan en suami n adik dia..so aku pesan siap-siap suh buat home work..dari bawah aku dengar le suara menangis cari color le ntah apa-apa.
Lepas siap semua dekat bawah..aku naik..konon nak tengok le hasil kerja...huhu...malu omak wei budak anak kalau ko hantar macam tu....
Ada kesan kicap di situ. |
Bila aku ajar...time tu ok..aku pusing..abis dia tanda semua benda yang tak patut..
Thursday, March 28, 2013
#Toddler activity-sticky notes
Activity semalam adalah sangat simple and mudah.(
Bahan-bahan yang terlibat:
1. Sticky notes -suka hati korang nak color or saiz besar mana.
2.kertas kosong untuk tampal
3.salefon tape...kalau x de pun x pe.
4. Anak-anak korang. Dah takkan korang pulakkan.
Kaedah:
1. Bagi kertas kosong pada budak anak.suruh lah diaorang tampal stucky notes tu ikut creativity.
2.aku ni yang tak berapa creative suh jelah tampal tepi-tepi tu biar jadi macam frame.
3.pastu biar jelah diaorang main ikut creativity diaorang..
Kaedah secara bergambar:
Bahan-bahan yang terlibat |
Senyum...bajet amik gambar ar tu |
Wednesday, March 27, 2013
Bebudak-budak berjimba
Maybe sbb aku penat nak buat bnd yg sama ulang-ulang. Tapi semalam aku bagi sedikit kebebasan..dn kesan dan hasilnua adalah...
Add caption |
Mama saya kata pakai spender diluar adalah sgt cool.. |
Tuesday, March 26, 2013
Kenapa doa tak dimakbulkan Allah
Aku bukan org yg expert untuk cakap pasal benda ni.tapi hari tu aku ada terdengar satu ustaz ni ckp..tak ingat lah ustaz azhar ke kazim. ..contoh dia bagi mudah...and betul-betul terkesan padabaku..so aku share dhn korang..hopefully boleh bagi manfaat pada korang jugak..
Kadang2 kita berdoa dan rasa doa kita tak dimakbulkan...kita pun stress..padahal kita tak sedar yang Allah sedang bg kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mintak..
Contohnya kita mintak "Ya Allah bagi lah aku 2 biji kapal terbang.letakkanlah didepan rumahku." padahal dalam masa yang sama jugak..jiran kita pun doa mintak benda yang sama. Kalau Allah tunaikan semua permintaan ni..tak kesusah kita nak paking kapalterbang td...kalau 2 orang dah ada 4 biji..kalau 10 orang dalam taman tu doa mintak bnd yang sama..tak ke dah satu hal korang nak fikir pasal tempat paking dia..
ALLAH Maha mengetahui...so lepas ni kalau ape yang kita doa x dimakbulkan..jangan risau..pasti ada sesuatu yang lebih baik
Thursday, March 21, 2013
Blogger -App untuk android
Dulu aku pernah try guna bloggeroid...ok gak ar..tapi lama-lama macam boring. So hari ni aku try install blogger..1st time ni nampak macam best...
konon2 leh ler slalu update...kihkihkih...berangan tahap gaban
Macam best je wei..try lah korang..download dr google play.slamat mencuba.
Wednesday, March 20, 2013
Learn a word a day #1 MALCONTENT
Maksud: noun/adjective..(perasaan) tak puas hati..
Contoh Ayat:
1. I'm struggling with a feeling of malcontent these past few days.
2.You've been acting strange. What is your malcontent?
Moga bermanfaat pada semua.
Aku try post setiap rabu ek...hope bermanfaat.
Sumber: https://www.facebook.com/norhaizal.ramley
Tuesday, March 19, 2013
Reunion UTM
Satu benda yang aku realized pasal aku and kengkawan, biar umur semakin meningkat, kami tetap sama. Itulah kawan yang ko kenal since zaman belajar, cuma maybe sedikit matang sebab masing-masing dah beranak pinak.
Enjoy Pic Dibawah:
Lokasi: The Curve
Tarikh:18 March 2013
Yang Join: Aku , nana, IZ, dila
Bapak besar meat ball dia |
Dil and Carbonara |
IZ : ntah apa ntah nama makanan dia |
Nana and Chicken ape ntah..tapi seyes sedap |
Iphone 5 IZ yg sgt awesomm |
Ni bajet posisi yang paling best |
Jenuh tahan gelak time ni... |
Wednesday, March 6, 2013
Kau Melayu ke????
Kalau Melayu Kena tengok video dekat atas tu..hihi..
Best video ni.
Antara point yang aku suka:
Kita sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Betul benda ni memang betul. Aku rasa benda ni yang diteraokan dari kita kecik and aku start persoalkan benda ni bila aku mula kerja. 1st kerja aku adalah di Hewleet Pacard (Hp) as Test Engineer. Lepas kerja beberapa lama, aku start cari kerja baru. Aku suka sesuatu yang berkaitan dengan logic digital, design ke apa ke, aku suka. Then dari situ aku mula terdengar orang cakap. Kau ni tak bersyukur dengan apa yang kau ada. Kerja kau tu kan dah bagus. Orang lain ramai nak kerja sini, kau dah dapat kau nak blah pulak.
Bila aku dah start kerja gomen ni pun aku terasa nak tukar kerja. As usual, lagi le banyak suara yang tak setuju. Ko giler, kerja gomen ape, sampai pencen hidup selamat..Haha.. Salah ke kita nak berusaha dapat lebih dari yang kita ada. KAlau macam tu jangan tukar kereta, rumah and apa yang korang ada. Pakai je sampai tua.
Bila tengok video ni, yes that is true...kadang-kadang aku terasa kita didik untuk rendah diri sampai satu tahap kita akan terlalu rendah diri. And ini buat kan ko nampak tak confident depan orang ramai.
Jom berusaha untuk ubah benda ni..Maybe boleh tukar cara kita didik anak-anak kita.
Monday, March 4, 2013
Bercerai-Adakah itu yang terbaik?
Satu benda yang aku realize, Kami memang tak de persamaan, serious...macam tak de satu titik pertemuan tapi boleh hidup bersama. Itulah jodohkan..Allah menciptakan setiap orang itu unik agar boleh melengkapi antara satu sama lain. Syukur aku atas rezeki jodoh yang dikurniakan dan semoga dipanjangkan jodoh kami selamanya, dimurahkan rezeki dan kasih sayang diantara kami.
Dah apa aku merapu ni??? sebenarnya aku nak cerita pasal aku bercerai susu dengan anak aku, Khayla.
Ni dah hari ke-4. Apa aku buat? aku letak asam jawa.haha..tapi serius..jauh disudut hati aku kesian sangat sebenarnya. Huhu..Walaupun dia bakal jadi kakak, tapi dia masih adik yang manja dimata kami. Huhu..teremosi lak petang-petang ni..(
Semoga dipermudahkan semuanya. Setakat ni masalah aku yang utama adalah: dia tak minum susu. Sehari tu adalah sekali dia minum susu dalam botol. Risau gak aku kot-kot tak cukup zat ke.
Korang macam mana? Pernah tak lalui benda yang aku lalui.
Tuesday, February 19, 2013
Fynn Jamal - Biar
START FALLING IN LOVE WITH FYNN JAMAL!!!!
Monday, February 18, 2013
Kerajaan VS Pembangkang
Aku bukan orang politik tapi pada aku sepatutnya setiap pihak bagi tahu apa yang dia boleh buat if dia menang instead of ko p burukkan antara satu sama lain. Lama-lama orang semakin muak.
Pendapat aku le....pendapat seorang buta politik.
Tuesday, January 29, 2013
Mengandung- Kenapa perlu stress??
Aku ni kaki makan, so biasanya before lunch tu aku dah ada dah benda apa nak makan...ni biasa jerk...
Sebut pasal stress, tetiba teringat kata penceramah yang datang opis aku ari tu...kenapa nak stress time mengandung? bukannya korang mengandung anak haram.
Atas dasar itu, dengan ini diumumkan aku tengah mengandung anak ketiga...Alhamdulillah..syukur sesangat.. Memang plan nak mengandung pun tahun ni...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan semuanya. Kita hanya plan, selebihnya berserah pada NYA.
Tak sabar nak p scan, mana lah tau kot-kot dapat anak kembar ke? hihii...aku tak tau le macam ne keadaannya kalau aku dapat anak kembar...tunggang tebalik rumah aku rasa...
Benda yang paling aku excited bila mengandung ni:
1. of course nak p shopping beli barang baby...yihaaa
2. nak bawak bebudak dua orang tu p tgk time aku scan....
Monday, January 14, 2013
Mood sangat senang hati
....
Hope berterusan sampai bila-bila.
Ok, dah nak buat kerja dulu.
Thursday, January 10, 2013
Novel Melayu- selalu happy Ending?
Tapi komen aku pasal novel-novel or cerita-cerita Melayu ni, cube le tunjuk keadaan sebenar. Contoh, real life macam kehidupan kita. Ni semua cerita indah jerk. Hidup gembira bila dah dapat anak sorang. Cube cerita macam mana keadaan rumah tangga dia bila anak dah dua tiga orang. Lepas tu budak-budak tu bukan jenis yang duduk diam. Wife lak kerja and family tu tak de orang gaji. Ni semua cerita pasal kehidupan orang kaya. Ada bibik. Anak gile behave. so wife2 leh duduk dekat rumah cantik-cantik. Menipu je semua tu kan.
Bak kata kawan aku, alah dekat TV semua tunjuk gile cool lagi dia, tipu je tu. Ntah-ntah dekat luar cengeh
Ni pandangan aku le. Lain orang lain pendapat iye tak?
Ombak Rindu - Mr Bie (Parody yang tak lucu) interesting..WAJIB TEngaok
Aku baru je find out benda ni. Aku rasa gila best.
Mr Bie ni dia buat parodi lagu-lagu yang tengah femes dekat malaysia ni...tapi lirik-lirik dia lebih keislaman. best wei...suara dia pun sedap.
#Wajib Tengok ye
Thursday, January 3, 2013
Khayla Dah Sekolah - Taska Ayu Manja
Anak aku yang no 2, nin khayla qaisara dah dapat masuk taska Balqis. Alhamdulillah.Lega kepala aku ni ha..
Skali anta jerk.. Ok gak sebenarnye, cepat je aku rasa sampai office. dari rumah tak sampai 5 minit dah sampai. Selalunya aku kena round masuk presint 14 dulu b4 ke office.
Just untuk record aku:
Perkembangan budak anak:
Balqis:
makin banyak mulut. Selalu cakap, ye je mama. Pening kepala aku duk layan mulut dia ni. Kadang -kadang dia buat perangai yang pelik-pelik. Tu yang laju je tangan aku ni. Geram tul. Tapi dia bukan orang yang senang nangis sebab kena marah. Dia macam pendam kot. tu yang aku rasa r. Sebab tu lah jugak aku risau skit dengan dia ni. Aku try untuk jadi mak yang satu thp boleh anak-anak aku cerita pasal boyfriend dia.. So senang aku nak monitor. Aku tak halang sebab aku pun penah jadi remaja. tapi dengan suasana bebudak sekarang yang agak menakutkan, aku nak anak-anak jadikan aku rujukan utama dia.
dia ni gak protective. Even dia sendiri slalu gaduh dengan adik dia, tapi gigih pg2 subuh teman gak adik dlm gelap bila adik nangis cari aku dekat toilet. Sambil tu mulut membebel. "Bising r dik. Kita nak tidur ni. Mama kan dekat toilet.Dah duduk ini. Jap lagi mama kuar." Pastu ajak adik lepak dekat tangga. Tekejut aku tgk dua orang budak kecik duk dalam gelap.
Khayla:
dia jenis yang lembut skit..gegurl skit r.. manja..Suka kacau orang..kalau tak tahu nak buat apa, suka je nak gigit si kakak. dik, nasib baik kakak tu malas je nak buat..kalau orang lain dah makan penampar dah awak tu. Dah tahu few words cth: nak, tak nak, buat, sakit, hantu, cepat skit.
Tahun ni dah start masuk taska si balqis. Hari ni hari kedua. Kesian dia. Nangis je auntie dia kata.Ye la, salunya dia tidur buai, ni kena tidur dekat katil mau tak melalak. Baru perasan susah nak amik gambar dia. So tak banyak lah gambar dia dalam collection aku. Dia suka dengan budak kecik, and selalu rasa dia besar sangat.
K lah, nanti aku sambung lagi. Tulisan aku out, huruf besar kecik semua becampur..sungguh hampes.