Friday, October 18, 2013

Gemuk selepas bersalin

Ini adalah catatan seorang yang sedang membina badan..kihkihkih..

Aku dah sebulan lebih bersalin, secara tepatnya 37 hari. Setakat ni tak de pun perubahan pada berat badan ye puan-puan sekalian.
Ni aku nak bagi korang buat calculation sikit.

Berat sebelum mengandung adlaha 44kg.
Berat sebelum bersalin adalah 60kg.
Berat baby 3.5kg.
Berat uri, air kutuban dll +-1.5kg.
Berat selepas sebulan berpantang adalah 54kg.
Agak-agak berapa  penurunan berat yang telah berlaku sepanjang berpantang setelah ditolak berat baby n uri semua bagai?

Tapi oleb kerana aku ni melayu sejati, so still cakap, eh tak pe, BMI still normal lagi tu.(Tak gemuk lagikan?)



Ngeri gak wei aku tengok. Dua yang sebelum ni, lepas sebulan berpantang aku dah apat capai  berat 48kg paling kurang. Kali ni patutlah seluar jeans yang aku bawak balik tak muat lagi.Cis...

Aku dapat turun jadi 48kg pun kira dah lega gak lah.
Kenapa 48??? Kira bajet artis lah, aku tengok ramai artis berat dia 48..kihkihkih...tak delah, saja je, kalau aku letak rendah sangat kang, aku lak yang stress tak capai target. Bila stress aku terus tak 
buat.






Agak-agaknya kan boleh tak aku turun 6kg dalam masa 2 bulan?
Sekali lagi ayat Melayu sejati keluar, aku ambil masa 9 bulan naikkan badan sebanyak 16kg, takkan 2 bulan je boleh turun n capai berat badan tu semula.

18 Dis 2013 nanti aku tulis lagi hasil keazaman aku ni? Berjaya ke tak aku turunkan 6kg aku ni



3 comments:

  1. Dah berapa kg turun cik zila?...bila nak hapdet blog ni???

    ReplyDelete
  2. Huhu..itu masalah utama lepas bersalin...
    N rasa saya la..lepas anak lebih 1 mmg berat super degil nak turun..part paling seksa kat perut u all..sadis giler

    Kena jaga makan n work out...personally sy vote for fish oil.

    Banyak khasiatnya..ada sy kongsikan swdikit sebanyak di www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete
  3. heheh.. cabaran ibu-ibu kan? saya target turun 15kg selepas bersalin nanti. boleh ke tak boleh? we'll wait and see la

    ReplyDelete