Satu benda yang aku realize, Kami memang tak de persamaan, serious...macam tak de satu titik pertemuan tapi boleh hidup bersama. Itulah jodohkan..Allah menciptakan setiap orang itu unik agar boleh melengkapi antara satu sama lain. Syukur aku atas rezeki jodoh yang dikurniakan dan semoga dipanjangkan jodoh kami selamanya, dimurahkan rezeki dan kasih sayang diantara kami.
Dah apa aku merapu ni??? sebenarnya aku nak cerita pasal aku bercerai susu dengan anak aku, Khayla.
Ni dah hari ke-4. Apa aku buat? aku letak asam jawa.haha..tapi serius..jauh disudut hati aku kesian sangat sebenarnya. Huhu..Walaupun dia bakal jadi kakak, tapi dia masih adik yang manja dimata kami. Huhu..teremosi lak petang-petang ni..(
Semoga dipermudahkan semuanya. Setakat ni masalah aku yang utama adalah: dia tak minum susu. Sehari tu adalah sekali dia minum susu dalam botol. Risau gak aku kot-kot tak cukup zat ke.
Korang macam mana? Pernah tak lalui benda yang aku lalui.
No comments:
Post a Comment