Friday, December 28, 2012

47 PRODUK MENGANDUNGI BAHAN BERACUN DISENARAI HITAM


CHECK IT OUT YOOOOOO


KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatantradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
=================================
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
===============================
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
==================================
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
==================================
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
=================================
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
=================================
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
=================================================

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
===============================
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
===============================
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG




No comments:

Post a Comment