huh, ntah apa lah angin si balqis hari ni. Aku dah alah nak cepat, nak jumpa orang, dia macam-macam lak buat perangai. Sanggup aku dukung nak suh dia diam, tapi tak jugak diam. Sampai sekolah nak mandi air panas lah pulak...Grrrrr...
Aku layankan jugak. Pastu nak gosok gigi, mana lah mama ko tau nak oii dkt mana cikgu simpan berus gigi kornag. Sesi mengamuk tak abis setakat tu je, bersambung lagi dkt luar toilet lak. yang sampai sekarang aku tak faham dia nak apa sebenarnya. Bila kawan-kawan dah datang, elok je dia pakai seluar pastu lari tunggu dekat bilik mandi. Ni pun lagi satu aku konpius. Pastu elok je dia pimpin tangan aku terus p kelas..Sungguh menguji kesabaran aku di pagi hari. Dah le Angin dengan mak cik cleaner dekat TASKA tu. Pagi-pagi orang sibuk hantar anak le dia sibuk nak cuci toilet lah, mop lantai lah...Betul-betul hangin aku. Abis baju aku kena air paip yang di jirus..
Bila dah balik office ni, aku rasa bersalah pulak dekat si Balqi stu. Kesian dia. semalam dah lah aku marah sebab dia hilangkan rantai. Bersambung lak hari ni.
Petang nanti aku try amik hati dia balik. Sabar je lah..
No comments:
Post a Comment