Aku dah sebulan lebih bersalin, secara tepatnya 37 hari. Setakat ni tak de pun perubahan pada berat badan ye puan-puan sekalian.
Ni aku nak bagi korang buat calculation sikit.
Berat sebelum mengandung adlaha 44kg.
Berat sebelum bersalin adalah 60kg.
Berat baby 3.5kg.
Berat uri, air kutuban dll +-1.5kg.
Berat selepas sebulan berpantang adalah 54kg.
Agak-agak berapa penurunan berat yang telah berlaku sepanjang berpantang setelah ditolak berat baby n uri semua bagai?
Tapi oleb kerana aku ni melayu sejati, so still cakap, eh tak pe, BMI still normal lagi tu.(Tak gemuk lagikan?)
Ngeri gak wei aku tengok. Dua yang sebelum ni, lepas sebulan berpantang aku dah apat capai berat 48kg paling kurang. Kali ni patutlah seluar jeans yang aku bawak balik tak muat lagi.Cis...
Aku dapat turun jadi 48kg pun kira dah lega gak lah.
Kenapa 48??? Kira bajet artis lah, aku tengok ramai artis berat dia 48..kihkihkih...tak delah, saja je, kalau aku letak rendah sangat kang, aku lak yang stress tak capai target. Bila stress aku terus tak
buat.
Agak-agaknya kan boleh tak aku turun 6kg dalam masa 2 bulan?
Sekali lagi ayat Melayu sejati keluar, aku ambil masa 9 bulan naikkan badan sebanyak 16kg, takkan 2 bulan je boleh turun n capai berat badan tu semula.
18 Dis 2013 nanti aku tulis lagi hasil keazaman aku ni? Berjaya ke tak aku turunkan 6kg aku ni