Monday, January 27, 2014

Bila budak Anak Mengemas

Lama dah aku tak update, kan aku dah cakap, zama mengupdate blog mmg kelaut.

Semalam adalah hari anak sulung rajin mengemas. Selalunya dia akan tolong susun kusyen dekat bawah. Kira kontrak seumur hiduplah susun kusyen tu. Tapi malam semalam dia kemas dekat family hall a.k.a tempat tengok TV kitaorang.  Bila anak sulung mengemas semua orang lari termasuk papa.

Abis semua orang kena bebel. Antara ayat dia, "ni kalau sepah lagi siap.Kakak penat tau tengok rumah sepah-sepah."Kau ada???  Budak 4 tahun kemas sambil membebel. Alhamdulillah, aku puas ati dengan hasilnya. Tapi kau kena tahan telinga lah. Dengan aku-aku kena sound, "Mama, seluar mama ni nak buang ke? dah tak nak pakai, sepah-sepah je kakak tengok. Kalau tak nak kakak buang je." erkkk.. magazine aku yang aku baru bawak naik dari bawah pun hampir nak kena buang..


Papa pun kena juga..kihkih. tapi nasib baik dia ingat mana dia simpan barang-barang tu. Lupa nak amik gambar. Masa dia duk sibuk kemas tu aku dah masuk bilik susukan Hasya.

Lepas siap kemas dekat luar, dia masuk bilik minum susu, pastu cakap.."kakak nak kemas dalam bilik pulak.Barulah selesa".

Apa pun hasilnya, aku tetap syukur. Pada aku, pada umur dia sekarang, dia ada kesedaran pun dah cukup bagus.

Khayla pun kadang-kadang rajin mengemas. Hasil dia pun memuaskan hati. Memang clear depan TV tu. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii semua barang-barang yang dekat family hall tu, dia humban depan pintu bilik...adoi, dah macam tong sampah depan pintu aku.

Nak marah takut terbantut lak niat dia mengemas.

So aku redha jelah...

Semoga hasrat dan usaha mengemas budak-budak ini kekal dan berterusan.

Thursday, January 9, 2014

Toddler Activity: Star Reward Program

Korang pernah tak buat sistem reward pada anak-anak?

Origanal idea adalah base on star yang kita dapat masa kita kecil-kecil dulu. Bila buat home work bagus, cikgu pun bagi le bintang bagai nak rak. As anak murid, kita pun suka, senyum-senyum bagi tau kengkwan.

Lantaran itu, aku selaku orang yang dah jadi mak pun cuba buat benda yang sama. Tapi aku guna sticker star yang aku tempah khas dengan dak office aku. Hihi. Pening budak lelaki tu, ntah apa-apa yang aku nak buat, tapi dia layankan. Hari tu aku bagi task dekat dia suruh buat sticker nama anak aku. Tapi aku bagi tau, anak aku tak pandai baca, so dia kena letak gambar dekat sticker tu untuk mudahkan anak aku bezakan mana satu Balqis punya, mana satu Khayla punya. So dalam kepala otak aku, aku bayangkan  dia letak le  satu gambar  mickey satu lagi hello kitty ke? Tapi sebab dia adalah budak yang baru beranak satu, so dia p letak satu gambar hello kitty ada kaki, 1 tak da..Haha, aku layankan je lah.murah kot tempah, 100 rm3. Tak suka, boleh tempah lagi. Tapi bebudak tu tau je nak bezakan. So aku guna je lah.


Dah, lupakan pasal tu..
Untu Star reward program ni;

Sticker yang aku guna macam ni:

Bergantung pada apa yang diaorang buat, kalau sikit, so aku bagi satu je, kalau bagus aku bagi le tiga sekali gus.

Korang boleh try sebab memang nampak diaorang berusaha untuk dapatkan star tu. Khyala pun duk kehulu kehilir mintak star. Bila En suami tengok, then dia pun take part, bagi star tapi make sure korang jangan senang sangat bagi, nanti tak de value pula pada diaorang ni.

Ni Masa proses dapatkan star, untuk Khayla aku suruh dia color benda yang aku lukis:

Balqis sebenarnya aku suh tulis ABC, bila dah siap, dia pun nak color macam adik
Hasilnya macam ni:

  Hasil Kerja Khayla:
Baru aku perasan kenapa si Khayla dapat banyak gila star tu. Tampal sendiri ke apa. 


Korang boleh cuba praktikkan.

Hari tu aku blogwalking and terjumpa sesuatu yang lebih kurang macam ni dekat blog shilashower Ermm interesting benda yang dia buat. Maybe aku boleh guna untuk buat sistem redeem tu bila diaorang buat/tolong aku buat kerja rumah.

Selamat mencuba...

Thursday, January 2, 2014

2014 MU TUNGGU AKU DATANG

Aish, asyik tak sempat je nak tulis. aku pun tak tau, kenapa dia macam ada satu trend dekat offcie aku ni, bila awal tahu ramai yang lupa password. Kalau ye pun nak mulakan sesuatu yang baru, tak perlu le korang reset abis password korangkan.. Tak dan wei aku nak melayan ha.. Sakit kepala aku duk ngadap pc je ni ha.

Tengok ramai yang upload pasal anak p sekolah baru. Anak aku gak yang maintan duk sekolah lama. Suka sangat gamaknya. Ke emak n bapaknye kedekut tak nak tukar sekolah mahal..kihkihkih. Isyaallah ada rezeki kita pindah sekolah ye.

Tahun ni kena bagi tumpuan sikit dekat pembelajaran si Balqis. Ari tu jumpa cikgunye, ala-ala amik report card, cikgu dia kata, perkembangan semua ok kecuali mengira. Orang lain kira 8 ko dapat 7 nak. pastu kalau suh menulis ke ape, kalau dia x de mood jangan harap nak buat.

Ari tu masa test, sebelum start cikgu kata jangan conteng ye, sila jawap. Haram x ditulisnya. Maybe dia ikut arahan cikgu. Jangan conteng, tapi budak anak, takkan le sampai jawapan pun ko tak tulis..hahha..bila tanya, tau je jawapan. Tapi cikgu dia tak paksa sebab test tu untuk 4 tahun. Dia baru tiga. Next year dah kena serious sikit.. POYO lah mak ko ni Balqis.hahhaa...

Azam tahun baru:

Tulis supaya senang nak refer balik. Patutnye azam ni kena review quarterly, baru dapat tengok ada progres ke tak:

1. No gadget bila budak anak ada disekeliling ( tak tidur)
2. Update blog tiap hari.(Sila jangan gelak)
3. Layang Cerita korea setiap malam ( Ni pun termasuk ke?)
4. Buat amalan menjemput rezeki tiap hari. Will try my best.
5. Ikhlas and enjoy dalam setiap bend yang aku buat.
6. Bercuti 2 kali setahun. erk..duk hotel pun dikira bercuti.
7. Kuruskan badan lagi n maintain ye..
8.lipat kain setiap hari.



Secara detail malas le aku ak share dengan korang. Kang korang tau lak rahsia ak..hihi..Padahal aku x buat lagi.

Apa azam korang? Yang mana ada azam nak KURUSKAN BADAN TU, sila pm aku, dapatkan set shaklee untuk kurus dengan harga berpatutan. Alfafa tengah sale ooo skarang.