Tuesday, January 29, 2013

Mengandung- Kenapa perlu stress??

Bila mengandung aku stress. Stress bukan sebab aku tak suka mengandung..stress sebab aku tak de selera makan. Haha..mesti korang ingat aku tak lalu makan ke apakan? tak de maknanya...tak selera tu dalam erti kata lain tak e benda nak berangan nak makan. kalau ada aku makan..kalau tak da, aku ok je...


Aku ni kaki makan, so biasanya before lunch tu aku dah ada dah benda apa nak makan...ni biasa jerk...

Sebut pasal stress, tetiba teringat kata penceramah yang datang opis aku ari tu...kenapa nak stress time mengandung? bukannya korang mengandung anak haram.

Atas dasar itu, dengan ini diumumkan aku tengah mengandung anak ketiga...Alhamdulillah..syukur sesangat.. Memang plan nak mengandung pun tahun ni...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan semuanya. Kita hanya plan, selebihnya berserah pada NYA.

Tak sabar nak p scan, mana lah tau kot-kot dapat anak kembar ke? hihii...aku tak tau le macam ne keadaannya kalau aku dapat anak kembar...tunggang tebalik rumah aku rasa...

Benda yang paling aku excited bila mengandung ni:

1. of course nak p shopping beli barang baby...yihaaa
2. nak bawak bebudak dua orang tu p tgk time aku scan....(berangan nak buat 3d scan...berangan tak ingat.nak ke-3 baru nak buat)

3. Cuti yang panjang leh melahu dekat rumah dengan anak-anak.



Monday, January 14, 2013

Mood sangat senang hati

Hari ni, mood aku adalah: sangat senang hati..Ada ke mood macam tu. hihi...Rasa nak senyum-senyum je.
....
Hope berterusan sampai bila-bila.
Ok, dah nak buat kerja dulu.

Thursday, January 10, 2013

Novel Melayu- selalu happy Ending?

semnejak dua menjak ni aku rajin je nak baca novel. Gila jiwangkan. Tak de maknanye nak feeling-feeling pun. Saje je. Biar nampak terisi sikit waktu aku. Walaupun lepas baca aku akan kutuk-kutuk tapi aku still respect ar penulis ni, kreatif je nak menulis ayat-ayat dan tinggi betul imaginasi diaorang ni.

Tapi komen aku pasal novel-novel or cerita-cerita Melayu ni, cube le tunjuk keadaan sebenar. Contoh, real life macam kehidupan kita. Ni semua cerita indah jerk. Hidup gembira bila dah dapat anak sorang. Cube cerita macam mana keadaan rumah tangga dia bila anak dah dua tiga orang. Lepas tu budak-budak tu bukan  jenis yang duduk diam. Wife lak kerja and family tu tak de orang gaji. Ni semua cerita pasal kehidupan orang kaya. Ada bibik. Anak gile behave. so wife2 leh duduk dekat rumah cantik-cantik. Menipu je semua tu kan.


Bak kata kawan aku, alah dekat TV semua tunjuk gile cool lagi dia, tipu je tu. Ntah-ntah dekat luar cengeh (betul ke eja). Kalau dekat novel tu, awek merajuk gile pujuk, hihi nampak no menipu.. STOP!!!!!!          aku cerita pasal kehidupan orang biasa ye. Bukan orang kaya.

Ni pandangan aku le. Lain orang lain pendapat iye tak?








Ombak Rindu - Mr Bie (Parody yang tak lucu) interesting..WAJIB TEngaok






Aku baru je find out benda ni. Aku rasa gila best.

Mr Bie ni dia buat parodi lagu-lagu yang tengah femes dekat malaysia ni...tapi lirik-lirik dia lebih keislaman. best wei...suara dia pun sedap.


#Wajib Tengok ye

Thursday, January 3, 2013

Khayla Dah Sekolah - Taska Ayu Manja

 still in new year mood.

Anak aku yang no 2, nin khayla qaisara dah dapat masuk taska Balqis. Alhamdulillah.Lega kepala aku ni ha..
Skali anta jerk.. Ok gak sebenarnye, cepat je aku rasa sampai office. dari rumah tak sampai 5 minit dah sampai. Selalunya aku kena round masuk presint 14 dulu b4 ke office.

Just untuk record aku:

Perkembangan budak anak:

Balqis:

makin banyak mulut. Selalu cakap, ye je mama. Pening kepala aku duk layan mulut dia ni. Kadang -kadang dia buat perangai yang pelik-pelik. Tu yang laju je tangan aku ni. Geram tul. Tapi dia bukan orang yang senang nangis sebab kena marah. Dia macam pendam kot. tu yang aku rasa r. Sebab tu lah jugak aku risau skit dengan dia ni. Aku try untuk jadi mak yang satu thp boleh anak-anak aku cerita pasal boyfriend dia.. So senang aku nak monitor. Aku tak halang sebab aku pun penah jadi remaja. tapi dengan suasana bebudak sekarang yang agak menakutkan, aku nak anak-anak jadikan aku rujukan utama dia.
dia ni gak protective. Even dia sendiri slalu gaduh dengan adik dia, tapi gigih pg2 subuh teman gak adik dlm gelap bila adik nangis cari aku dekat toilet. Sambil tu mulut membebel. "Bising r dik. Kita nak tidur ni. Mama kan dekat toilet.Dah duduk ini. Jap lagi mama kuar." Pastu ajak adik lepak dekat tangga. Tekejut aku tgk dua orang budak kecik duk dalam gelap.


Khayla:

dia jenis yang lembut skit..gegurl skit r.. manja..Suka kacau orang..kalau tak tahu nak buat apa, suka je nak gigit si kakak. dik, nasib baik kakak tu malas je nak buat..kalau orang lain dah makan penampar dah awak tu. Dah tahu few words cth: nak, tak nak, buat, sakit, hantu, cepat skit.
Tahun ni dah start masuk taska si balqis. Hari ni hari kedua. Kesian dia. Nangis je auntie dia kata.Ye la, salunya dia tidur buai, ni kena tidur dekat katil mau tak melalak. Baru perasan susah nak amik gambar dia. So tak banyak lah gambar dia dalam collection aku. Dia suka dengan budak kecik, and selalu rasa dia besar sangat.

K lah, nanti aku sambung lagi. Tulisan aku out, huruf besar kecik semua becampur..sungguh hampes.







Friday, December 28, 2012

47 PRODUK MENGANDUNGI BAHAN BERACUN DISENARAI HITAM


CHECK IT OUT YOOOOOO


KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatantradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
=================================
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
===============================
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
==================================
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
==================================
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
=================================
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
=================================
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
=================================================

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
===============================
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
===============================
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG




Thursday, December 27, 2012

Balqis : Katanyer

Malam Tadi...

Mak Budak:  Kanak-kanak, hari ni kita tidur awal.

Balqis: Ha??? Awan? Taknaklah mama. Nak Tidur Rumah Atuk je

Mak Budak: Aik Kenapa Pulak. Mama cakap tidur awallah

Balqis: Ye mama, Balqis tau. Tidur awan. Nanti papa tak jumpa kita macam mana.