Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Taska Ayu Manja- E14

Assalamualaikum,

Aku perasan ramai gak yang ke blog aku ni sebab baca pasal Taska Ayu Manja Presint 14.
Oleh itu biarlah aku bagi sedikit info yang aku harap bergunalah untuk anda-anda semua.


Untuk masuk taska ni korang kena apply...ye..apply yang bila mana anak korang terpilih, korang akan dimaklumkan. Hanya anak warga KPM sahaja yang dibenarkan. Apply bukan lah maksudnya hari ni korang hanta borang esok dapat ye, tuggu que sampai turn anak korang. Bersabarlah..ada yang makan masa setahun.

Bagi yang baru mengandung, aku nasihatkan sejurus mengandung, korang pergi amik borang and apply. Tapi dengarnya bila kandungan berusia 6 bulan baru boleh apply (ni latestnya info lah) masa aku dulu ok je, aku 3 bulan mengandung, aku apply. Anak aku masuk 7 bulan baru dapat. Alhamdulillah..

Dari segi yuran lak, YURAN TAHUNAN buat masa sekarang ni 200. Yuran Bulanan lak 280.
YURAN TAHUNAN TERMASUK: Peralatan mandian , susu (so tak payah bawak lagi dah benda-benda ni)

Sama harga dari bayi ke 5 tahun.

Taska ni ambil budak dari baby sampai ke 5 tahun and kalau tak silap aku dia memang berdaftar and bawah program PERMATA.

Apa yang aku suka pasal taska ni:
1. Anak korang akan start potty train bila umur 2 tahun. Cikgu-cikgunya sangat gigih ok.
2. Dia orang ada aktiviti sepanjang berada di taska, tak duduk melahulah kiranya.
3. Anak-anak di latih untuk berdikari.
4. Anak-anak kadang-kala dibawa keluar dan main di perkarangan sekitar kawasan office ni.
5. Ada aktiviti luar yang akan libatkan anak-anak. cth: LAwatan ke petrosains, hari keluarga taska

Anak di kelas toddler masih boleh minum dari botol. Ibu bapa hanya sediakan susu yang akan dibancuh oleh cikgu.

Bagi dua tahun keatas, no more botol susu ye. Semua minum susu default yang sekolah sediakan dan dalam cawan. Jangan risau, insya allah ok.

Ini jelah buat kali ini. Kalau aku teringat lagi, aku tulis lagi ek..tq.






Tuesday, February 10, 2015

Record untuk Anak: Delisya Balqis

Alhamdulillah, dah lebih sebulan delisya balqis sekolah.. Setakat ni ok..x de masalah sangat.

Atas sebab-sebab tertentu, kami plan nak tukar pengasuh.
Sekarang ni aku yang amik dia time lunch and hantar rumah pengasuh. Petang nanti baru amik semla.


Dekat sekolah tu, memang ada dua rumah transit yang memang link dengan sekolah. Rumah pengasuh aku tu tak termasuklah.

Ada satu dekat presint 14...huhu..memang x lah aku nak hantar situ, jammed oooi time balik. Yang lagi satu dekat rumah nama owner dia Cik Uda..Aku dah try tanya, tak de rezeki balqis dekat situ..

Semalam aku saja cuba nasib dekat guru besar dia., bagi tau nak sekolahkan Balqis KAFA dekat situ. Kira lepas abis tadika pagi, diaorang akan mandi and siap-siap pakai baju untuk sekolah KAFA lak..dekat tempat yang sama.  Kalau ikutkan memang dah penuh.. Tapi hasil rundingan dengan cikgu and dah memang rezeki balqis, alhamdulillah..cikgu bagi trial dulu...tengok macam mana.. Yelah, dia kecik lagi..takut dia penat..

So hari ni, aku bekalkan dia baju kurung tuk sekolah petang. Kalau lepas sesi trial, baru beli uniform. Banyak kali aku ulang, nanti mandi, petang baru mama amik..Sampai last-last dia sound..taulah mama, berapa kali nak ulang,,hahahaha...

Aku tak nak paksa sebenarnya. Sebab aku kesian. Yelah, anak-anak macam redha je apa yang ibu bapa plan. Aku rasa tak semua yang diaorang suka. Tapi sebab tak de pilihan, diaorang ikut je. Macam pergi rumah pengasuh, ada benda yang dia tak suka, tapi nak buat macam mana, dia kena redha je lah. Kadang-kadang ada juga dia mengadu. Bertabahlah nak.....

Aku harap dengan proses pertukaran rutin hidup dia yang bermula hari ini berjalan lancar...Amin..

Rasa sayang lak dekat sekolah ni...cikgu semua baik and ambil berat. macam aku cakap dekat cikgu nak pengasuh...sibuk cikgu usahakan and bincang sesama sendiri macam mana nak tolong. Dari segi kebajikan anak-anak memang dijaga. Makan memang superb...haha...aku memang pentingkan makan je..kihkih..hari-hari dekat sekolah anak aku makan berat ok...mee sup, mee goreng, nasi lemak, nasi tomata....ni base on anak aku cerita..rasa betul dah....bayar RM20 je kot sebulan...kalau anak-anak x makan, cikgu ada spare roti..

Even suara cikgu speaker tahap boleh gugur jantung and air mata, tapi budak-budak tetap suka pergi sekolah. Maybe dia orang tau cikgu tu ikhlas and sayang dekat diaorang...Eh, ala..macam mana aku nak cakap dekat cikgu ek, panggil anak aku Delisya and bukan NIN .....ermm...




Monday, January 12, 2015

Anak makin besar menandakan aku semakin tua

Hari ni 1st day anak aku sekolah..sekolah tadika je pun... haha...bemulalah rutin baru hidup aku...
lunch pergi amik anak...tak de masa lagi nak beronggeng gembira...ye je...demi ronggeng bersama kawan-kawan..semuanye akan diusahakan.

hahaa


segalanya berjalan lancar..en suami pun ikut hantar gak..saje amik feel..Aku suh dia amikkan gambar aku dengan budak anak, dia taknak..benci tau..tak leh aku nak fefeeeling..

Penuh sekolah hari ni dengan parent...nasib baik kakak cool je..sampai kelas, salam terus cari tempat duduk..yang aku risaunya...potensi kasut tetukar memang ada. Aku pun lupa tulis nama..

Diaorang masuk kelas kena buka kasut...hitam legam le stokin aku rasa.Tak pe..tunggu balik nanti, tengok macam mana rupa. Tudung dapat bertahan ditempat yang betul pun dah ok dah pada aku.


duk sibuk dengan kakak, aku langsung telupa pasal khayla...dia ada p PICC hari ni untuk pelancaran ASB2  rasanya. Anak-anak bawah Permata di jemput. Bukan main dia berangan p sekolah pakai dress baru beli..kesudahnya kena tukar baju...adoi...dah le aku bawa seluar legging rumah je...pakai selipar lagi...hahaha...sorry ye budak anak...mama betul-betul lupa..

aku harap hari-hari mendatang lebih bertenang. amin


-zila-

Wednesday, December 31, 2014

Mama, Rumah Atok Ada Nasi

Hujung-hujung bulan 12 ni anak aku pergi becuti dekat rumah abah aku dekat Kluang. Suka sangat dia orang. Nak duduk sejuta hari katanya.

Semalam aku calllah ..saja bebual..Banayk yang dibualkan..Antara yang buat aku gelak bila tetiba Khayla cakap.."Mama, atok ada nasi." Haa? Aku tanya lah kenapa. Dia cakap atok menipu. hari tu atok kata rumah atok tak de nasi. Nasi dah habis kena banjir. Hahahaha

Baru aku teringat. Patutlah masa dekat rumah aku sebelum ikut atok, beria-ria dia makan nasi. Abah aku cakap dekat dia makan nasi siap-siap. Rumah atok tak de nasi semua dah kena banjir. Hahahhaa..

Dia ingat wei...

Zila

Thursday, November 27, 2014

Kenapa semua benda kena ade reason??

Anak aku suka sangat tanya kenapa? Kenapa? Aku memang positif wei...itu maksudnya sel-sel otak tengah berhubung.. Tapi kalau dah setiap hari bila aku suruh mandi bila balik dari sekolah and diaorang akan tanya kenapa??? haa memang aku angin le...maka jawapan aku ada lah seperti ini:

Dalam dunia ni kita tak perlu sebab untuk mandi. Bila dah balik sekolah memang kena mandi-Hari-hari pun kena mandi. Jadi tak perlu hari-hari mama kena jawap kenapa awak semua kena mandi..

Dan jawapan anak aku adalah... "öoo..kena mandi sebab tadi kena hujan ek??"

Grrrrrr...


-zila-



Friday, November 14, 2014

Susah sangat ke kita wahai anak-anak?

Aku memang selalunya cakap dekat anak-anak yang kita ni bukannya banyak duit sangat, so korang jangan harap nak dapat semua benda korang hajatkan.

Nak apa-apa mesti aku cakap tunggu aku dapat gaji.

Tapi ada sekali tu anak aku cakap, "mama, kawan kakak tu, mama dia gaji lagi sikit dari mama, tapi tak payah tunggu pun gaji , boleh je beli bag baru" hahaha..amik kau...

Besabar dan bertabahlah anak, Mak ko memang kedekut.

Tapi sekedekut-kedekut aku, 2-3 kali gaklah aku belikan color, pensel bagai. Tapi yang buat aku angin bila kala aku nak suh diaorang guna, haram sebatang pun tak nampak. Ko bayangkan, bila anak ko nak menulis, diaorang tak de pensel , yang ada color. Itu pun sebatang je wei..

So apa diaorang buat,  bila Balqis  tulis satu muka surat, Khayla berehat. Pastu gilir. Gila aku tak meroyan. Dah kenapa. Aku cakap le, kita ni memang tak kaya, tapi tak perlu korang nak gune sebatang color  tu share tuk menulis. Dah le nak padam tak boleh. Angin betul aku. Bila aku dah angin-angin, baru le jumpa pensel sebatang, tu pun ko tau diaorang jumpa dekat mana?? dekat porch kereta sana.. Adoiiiiii....

Korang jangan sampai mama ikat pensel dekat leher sorang sebatang sudah.

masalah sikat rumah aku dah selesai. Kesudahnya laki aku ikat pakai tali . Haa, maka tak hilanglah sikat tu..

-Zila-


Wednesday, November 5, 2014

Bila anak becakap pasal makanan


Aku bukan tukang masak yang hebat. Aku masak bila aku dah kahwin. So kepada anak-anak dara yang tak pandai masak, dont worry, by the time korang kahwin, korang mesti pandai masak as long as korang memang ada kehendak untuk masak.


Tapi bila ada anak ni, aku dah ada pengomen tetang masakan aku. Ni ayat-ayat yang aku dapat:

1. Fuyoo mama, masak hebat, boleh masuk master chef..
2. Terbaik
3. Sedapnya.
4. Mama masak sedap, kakak suka, tapi skarang ni kalau mama suruh makan lagi, kakak dah tak boleh telan. Esok mesti kakak boleh makan semula.hihi..
5. Sedap sangat mama, sampai pening kepala kakak- ni jugak sangat mendalam maksudnya.
6. Atok, khayla tak makan hari ni, mama masak tak sedap ----grrrr, budak ini sangat jujur orangnya.


Moralnya, masak jelah, selera manusia ni berlainan, ada yang cakap x sedap, tapi maybe sedap di tekak orang lain..kuikui.. :-)

Tuesday, November 4, 2014

Papa Kawin Lain

erkk..ni gosip hangat yang anak aku bawa baru ni...

Ahad lepas , masa dalam kereta, Balqis tengah main telefon papa dia, tetiba-tiba aku dengar dia jerit...


MAMA, PAPA KAWIN DENGAN ISTERI BARU!!! Tengok ni mama, papa ambil gambar dengan perempuan lain pakai baju orang kawin...papa pegang bunga.  NAsib baik aku tak panikkan..haha..kalau x mau beperang laki bini. Aku teringat laki aku pergi kawan dia kawin tengah hari Sabtu, so aku dah boleh agak dah gambar macam apa yang anak aku maksudkan..

Gambar tu gambar laki aku denga pasangan pengantin..Laki aku duk tengah sambail pegang bunga..haha

Semalam aku saja nak timbulkan gosip ni semula dengan Balqis..Tapi dia macam dah tau...Dia cakap itu bukan gambar isteri baru papa. Itu gambar pengantin. hihi...


-zila-