Showing posts with label 2cents. Show all posts
Showing posts with label 2cents. Show all posts

Thursday, October 30, 2014

Untuk apa kita upload di FB dan Blog

Haha, saje je, nampak no tak de pendirian kan..

Entah-entah esok lusa aku tukar lagi.

Skarang kita bercerita ikut topik diatas ye..

Tipulah akalau aku ni tak upload gambar or update status apa-apa dekat blog. Benda biasakan sekarang.

Tapi baru-baru ni aku dengan En laki ada benbincang pasal benda ni. Jangan lak korang bayangkan sesi perbincangan tu dibuat formal lak kan. Ada orang upload gambar untuk share kegembiraan, ada orang share status ke apa-apa untuk tunjukkan kesedihan. erm...ntahlah. masing-masing ada tujuan.

Yang jadi issue ni bila orang lain salah faham apa yang cuba korang sampaikan.Mula lah jadi apa yang orang kata menunjuk. "Ëleh, ko sajekan upload macam tu sebab nak tunjuk anak ko hebat" lebih kurang macam nilah. So laki aku tanya, untuk apa aku upload, update status, update blog? aku cakap sebab nak share dengan orang. Kira nak menunjuklahkan? aku cakaplah mana ada.

Sampai satu tahap aku rasa macam takut nak upload ke apa-apa.

Cer korang bayangkan blog tanpa gambar, macam mane? (Macam aku rajin sangat nak update blogkan?hihi)

Tapi macam mana lak dengan blog yang akhirnya memberi inspirasi kepada orang lain? Kalau ko tak share, macam mane orang lain nak tahu. Macam tu juga dengan FB orang yang berniaga. Kalau dia x share macam mana orang nak tahu dia ada kebolehan buat benda tu.


Skarang banyak kempen yang orang buat supaya kita tak guna FB, twitter or apa sahaja social networking. tapi kalau tak guna benda-benda ni, mcm mana kau nak tahu apa yang berlaku.



Ermmmm....fikir-fikirkan. Maybe kena letak guideline pada diri sendiri. Apa yang boleh upload, apa yang tidak.





Tuesday, May 7, 2013

Racist - Apa sumbangan anda?

Dah habis isu PRU, sakarang sibuk isu ract pulak.

Erm..Ni buat aku tefikir, kita selalu cakap bangsa lain selalu cuba jatuhkan bangsa kita. Tapi kita sendiri apa yang kita buat untuk bangunkan bangsa kita? Halang bangsa kita dari ditindas?

Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Korang tengok contoh syed mokhtar al Bukhary (ni base on apa yang aku baca), dia memang kaya. Orang kata dia banyak monopoli itu dan ini, tapi dia ade buat return balik kepada masyaratkat dan kaum dia? (I'm proud of you sampai pernah rasa, Allah memang tak salah pilih Tuan sebagai orang kaya). Macam-macam dia buat untuk orang sekeliling dia. Kita tak boleh harap dia akan sara kita setiap bulan. Tapi dia ada buka peluangkan kepada kita.


So base on tu, aku terfikir, apa yang aku dah sumbangkan kepada kaum aku, bangsa aku dan orang sekeliling aku??? Kalau aku pandai buat kek, aku dah bukak kelas suh korang datang belajar..So korang leh buat duit lak. Tapi aku tak pandai pun.Hihi..

Zakat???Ermm bolehlah dikira satu sumbangan..daripada takde. :-)

Jangan takut untuk share ilmu ( standard orang Melayu lah, takut orang lebih n dapat keuntungan lebih dari kita).. Percaya yang rezaki dari ALLAH. Mana tau kalau kawan kita dah kaya, tetiba dia teringat dekat kita. Ada peluang-peluang best dia bagi tau kita.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p.s:// kalau korang ada tahu apa-apa aktiviti or benda-benda yang boleh aku buat, yang boleh bagi kebaikan kepada masyarakat bagi tau ek.




Sunday, May 5, 2013

Pengundi Hantu---siapa punya

macam2 isu timvul time mengundi ni..pasal dakwat lah..pasal pengundi hantulah...
then aku ada few soalan...aku x bijak politik dan x berapa tahu psl politik..so kalau soalan aku kurang cerdik maafkanlah ye...
1.dihebahkan SPR telah diragui ketulusannya dalam mengendalikan pru..katakan yang menang adalah pihak pembangkang...adakah ketulusan spr akan twtap diragui??
2.knp still ada pengundi hantu sdgkan ada wakil kedua2 belah pihak dkt setiap tmpt mengundi? wakik2 tu tidur ke ape?
3. bersihkan 3 dikatakan akan berlaku sekiranya pr kalah...kalau menang...akan ada x?bersih 3 dianjurkan sbb rakyat rasa pru ada pembohongan...tapi kalau pr menang..tetiba dia org rase spr dah jlnkan tugas dgn betul ke?
nnti aku ada tepikir soalan lagi aku tnya lagi..

Friday, April 5, 2013

Antara fitnah dan kebebasan bersuara

As usual, tajuk memang tak hangakkan..

Ni antara benda yangaku perasan dekat FB (ye saya adalah pengguna FB tegar yang macam sawan kalau tak buka FB dalam sehari) . Even diri sendiri sedar betapa membazirnya masa buka FB ni tapi tetap nak tgk juga.

Dah point aku is, korang perasan tak selalu je orang macam ala-ala print screen apa-apa komen dekat FB then publish. Contoh:

ada satu akaun nama dia timah binti endot.. siap gambor bagai...
Then dekat status dia, dia tulis ----> PAS bodoh, tak boleh pakai nik aziz blablabla...

(ayat diatas  di atas adalah contoh ye. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati)

Then orang pun pakat print screen, pos dkt FB memasing, then pakat le kutuk reramai...

Pernah tak tefikir yang ntah-ntah tu bukan akaun sebenar si timah endot tu. Ntah-ntah orang cilok je gambar dia dekat mana-mana, create FB dia dan pretend as tuan empunye diri..Walhal tuan empunya badan tu tak tau hujung pangkal.. Pastu katakan yang jumpa gambar tu kengkawan dia....nak2 berlainan ideologi politik...haa kan tak pasal..

Dan pernah tak korang terfikir ntah-ntah ada orang dah create satu akaun FB guna gambar korang and buat post-post yang mengarut macam ni???

Apa-apa pun, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak. Agak cuak untuk pilihan raya kali ini.
Tak tahu apa akan jadi..Hope keamanan akan kekal dan negara akan lebih maju..

Tuesday, March 26, 2013

Kenapa doa tak dimakbulkan Allah

Aku bukan org yg expert untuk cakap pasal benda ni.tapi hari tu aku ada terdengar satu ustaz ni ckp..tak ingat lah ustaz azhar ke kazim. ..contoh dia bagi mudah...and betul-betul terkesan padabaku..so aku share dhn korang..hopefully  boleh bagi manfaat pada korang jugak..

Kadang2 kita berdoa dan rasa doa kita tak dimakbulkan...kita pun stress..padahal kita tak sedar yang Allah sedang bg kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita mintak..

Contohnya kita mintak "Ya Allah bagi lah aku 2 biji kapal terbang.letakkanlah didepan rumahku." padahal dalam masa yang sama jugak..jiran kita pun doa mintak benda yang sama. Kalau Allah tunaikan semua permintaan ni..tak kesusah kita nak paking kapalterbang td...kalau 2 orang dah ada 4 biji..kalau 10 orang dalam taman tu doa mintak bnd yang sama..tak ke dah satu hal korang nak fikir pasal tempat paking dia..

ALLAH Maha mengetahui...so lepas ni kalau ape yang kita doa x dimakbulkan..jangan risau..pasti ada sesuatu yang lebih baik

Monday, February 18, 2013

Kerajaan VS Pembangkang

semakin hari semakin terasa bahang PRU 13. Korang mengundi dekat mana? Aku??? daftar pun tak. Bak kata abah aku, kalau ada sesi hukum pancung, aku patut yang kena dulu. Sebab dia rasa aku tak bertanggungjawap. Memang ye pun. Bukan tak bertanggungjawap..tapi aku las nak p buat sesi pendaftaran bagai. Online tak boleh ke?


Aku bukan orang politik tapi pada aku sepatutnya setiap pihak bagi tahu apa yang dia boleh buat if dia menang instead of ko p burukkan antara satu sama lain. Lama-lama orang semakin muak.

Pendapat aku le....pendapat seorang buta politik.

Thursday, January 10, 2013

Novel Melayu- selalu happy Ending?

semnejak dua menjak ni aku rajin je nak baca novel. Gila jiwangkan. Tak de maknanye nak feeling-feeling pun. Saje je. Biar nampak terisi sikit waktu aku. Walaupun lepas baca aku akan kutuk-kutuk tapi aku still respect ar penulis ni, kreatif je nak menulis ayat-ayat dan tinggi betul imaginasi diaorang ni.

Tapi komen aku pasal novel-novel or cerita-cerita Melayu ni, cube le tunjuk keadaan sebenar. Contoh, real life macam kehidupan kita. Ni semua cerita indah jerk. Hidup gembira bila dah dapat anak sorang. Cube cerita macam mana keadaan rumah tangga dia bila anak dah dua tiga orang. Lepas tu budak-budak tu bukan  jenis yang duduk diam. Wife lak kerja and family tu tak de orang gaji. Ni semua cerita pasal kehidupan orang kaya. Ada bibik. Anak gile behave. so wife2 leh duduk dekat rumah cantik-cantik. Menipu je semua tu kan.


Bak kata kawan aku, alah dekat TV semua tunjuk gile cool lagi dia, tipu je tu. Ntah-ntah dekat luar cengeh (betul ke eja). Kalau dekat novel tu, awek merajuk gile pujuk, hihi nampak no menipu.. STOP!!!!!!          aku cerita pasal kehidupan orang biasa ye. Bukan orang kaya.

Ni pandangan aku le. Lain orang lain pendapat iye tak?








Friday, December 28, 2012

47 PRODUK MENGANDUNGI BAHAN BERACUN DISENARAI HITAM


CHECK IT OUT YOOOOOO


KUALALUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatantradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitamkerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yangboleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan,Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkanproduk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yangmengandungi kandungan produk herba.

"Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi merekamencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesansegera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran," katanya kepadaBerita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal keranamenggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik,termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hatitanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikatpengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulanberikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihatkesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untukmengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutihhydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengansteroid dan antihistamine.

"Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran,walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produksedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaandilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluarterbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

"Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian," katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkatsetiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522(2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah,denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
=================================
Kintop
Body Beaus
BMI-9 Xylimming Capsule
Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
===============================
Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
==================================
Obexlim
Slimax Coffee
Beaute Fit Body Contour
Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
==================================
357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
=================================
Makjun Taufiq Dua Istimewa
Majun Dua Istimewa
Ginseng Jin Fui Wan
Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
Makjun Syafiq 3 Istimewa
Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
=================================
Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
=================================================

Eriesya Spa Beauty Cream
Atika Beauty Renewal Cream
Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
Ratna Sari Whitening Night Cream
Tia Amelia Krim Jeragat
Chantique Whitening Night Cream
RZAC White Pearl Cream
Nuriz Day and Night Cream
Elite Rias Er Cream
R&Z Whitening Night Cream
Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
Pigmentation Recovery Complex
Zara Rejuvenation Cream
Natasya Krim Herba Gold
De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
===============================
Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
===============================
Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
Qian Tong Dan
Raja Ubat Resdung
Coral Plus UA 350MG




Monday, October 8, 2012

Semua benda yang orang lain buat salah

aku terbaca tadi dekat FB..ade seorang ni upload gambar hasil kreativiti hias guiest book...then ada lak sorang ni yang duk komen, kreativiti diletak bukan pada tempatnya lah, membazir le effort yang dibagi le..ape de hal?

tak boleh ke ko lebih terbuka. terima je benda tu sebagai sesuatu yang cantik dan indah. let say satu hai ko yang jadi tetamu then org bagi ko guest book tu, ko suke tak? ke ko suka kalau time ko jadi tetamu orang sediakan buku latihan tu sebgai guest book. buku latihan tu pun muka epan dah berconteng, page pun tinggal dua-tiga helai je, balance tahun lepas punya.baru kau tahu..

aku tak suka lah orang macam ni. semua benda nak komen. Sampai tak nampak kebaikan dan kelebihan yang lain. Jotos kepala baru tau.

Sama kes jugak dengan orang-orang yang fanatik dengan politik ni. Semua benda nak kutuk. Rimaslah.

YES, memang betul, parti politik ni pun bukan betul sgt, tapi jangan lah samapi benda-benda kecik pun nak jadi issue. Orang tu p makan besar pun nak kutuk. "Pemimpin makan besar, rakyat kesusahan." What the ****". Aku nak tengok, if ada rezeki korang jadi pemimpin, macam mana keadaannya.

Apa-apa pun, ciptaan Allah itu indah. Kalau DIA cipta semua manusia tu sama, sure boringkan. Enjoy..


-Mama Zila-

Friday, September 14, 2012

Janji Allah itu tepat, tak lambat dan tak cepat

Tadi aku terbaca dekat satu log, berkenaan kematian seorang blogger remaja, cantik orangnye..budak lagi.. Kalau korang rajin p ler jeguk blog dia www.misschronicz.blogspot.com. Arwah ada bercerita pasal mimpi dia beberapa bulan sebelum dia pergi..

Terasa insaf bila teringatkan mimpi yang aku alami.. Aku mimpi kiamat.. Masa tu apa yang ingat hanya sebut YA, ALLAH aku tak sempat bertaubat...banyak lagi dosa aku..dan takbir je...huhu..ngeri wei...sampai skarang aku teringat..huhu.. Ya Allah ko panjangkan umurku,suamiku ,  ibu bapa kami, anak2 kami, saudara mara kami..

Bila mati kita dah tak da ape. Tinggal semuanya.. Bersedia ke kita menghadapi dan bertemu dangan nya. Teringat arwah adik ipar. 3 hari sebelum kematiannya, aku ada jumpa dia dekat kedai makan. kesian dia, batuk pun dah keluar darah..tapi still gigh lagi ..kau seorang yang kuat dik....bila dah jadi ibu, mula lah terfikir..kalau aku mati, macam mana dengan anak-anak aku..
boleh ke diaorang hidup dengan terurus.


Andai kata ada mak baru pun, orang tu boleh sayang diaorang macam aku sayang ke? argh..tak boleh bayangkan...


p.s.:mama sayang dua orang budak kecik dirumah itu...akan cuba spend masa sehabis baik moga x ada rasa penyesalan.

**Zila**

Friday, August 31, 2012

Terima kasih wahai si peminta sedekah..

Alhamdulillah, di panjangkan umur untuk sambut raya lagi tahun ini. Dan Alhamdulillah jugak Allah bukak kan pintu hati untuk sesuatu yang sebelum kepada sesuatu ... biar pun benda itu sesuatu yang common tapi betul-betul memberi kesedaran...


Pagi raya, aku lepak dalam bilik abah, abah tanya, dah bayar zakat? aku jawap ringkas: dah... Kata abah lagi...banyakkan lah bersedekah..dan berterima kasih lah pada orang yang sudi menerima sedekah...sebab masih ada dalam dunia ini orang yang sudi terima sedekah kita ini sekaligus memboleh kan kita dapat pahala yang kekal sampai kita mati...




Akan tiba satu masa takde manusia lagi yang sudi terima sedekah kita..masa tu, orang-orang kaya akan sibuk membawa harta kesana kemari mencari orang yang sudi menerima sedekahnya.. Jangan kedekut untuk besedekah . Takkan ada orang jatuh miskin sebab bersedekah.


Thursday, August 30, 2012

Gangnam yang semakin Mengganas

 Gangnam??? menatang apa tu? Aku sendiri pun tak tau...
1st yang aku tengok yang versi Suasana Gangnam Raya... Terbaikkkkkkkkkk

even ada yang kata benda tu mengarut, tapi pada aku kita kena kagum..gile ko....keluarga ko boleh buat macam tu?? keluarga ko sportting macam tu?? tak de kan? kalau keluarga ko sporting mcm diaorg sure ko pun akan teruja.. atas dasar sedikit jeles dan dengki mula ler korang rase nak kutuk...

apa-apa pun aku personally ucap tahniah pada anak cucu tuk harun ***maafkan aku kalau silap sebab aku malas nak buka balik you tube nak tengok nama korang....korang memang superb.



p.s.:// agak2 kalau aku buat entry tak de gambar ade org bace tak? malas nak upload gambar..juast nak luahkan pendapat..