Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts
Showing posts with label Cabaran 30 Hari. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

2014 MU TUNGGU AKU DATANG

Aish, asyik tak sempat je nak tulis. aku pun tak tau, kenapa dia macam ada satu trend dekat offcie aku ni, bila awal tahu ramai yang lupa password. Kalau ye pun nak mulakan sesuatu yang baru, tak perlu le korang reset abis password korangkan.. Tak dan wei aku nak melayan ha.. Sakit kepala aku duk ngadap pc je ni ha.

Tengok ramai yang upload pasal anak p sekolah baru. Anak aku gak yang maintan duk sekolah lama. Suka sangat gamaknya. Ke emak n bapaknye kedekut tak nak tukar sekolah mahal..kihkihkih. Isyaallah ada rezeki kita pindah sekolah ye.

Tahun ni kena bagi tumpuan sikit dekat pembelajaran si Balqis. Ari tu jumpa cikgunye, ala-ala amik report card, cikgu dia kata, perkembangan semua ok kecuali mengira. Orang lain kira 8 ko dapat 7 nak. pastu kalau suh menulis ke ape, kalau dia x de mood jangan harap nak buat.

Ari tu masa test, sebelum start cikgu kata jangan conteng ye, sila jawap. Haram x ditulisnya. Maybe dia ikut arahan cikgu. Jangan conteng, tapi budak anak, takkan le sampai jawapan pun ko tak tulis..hahha..bila tanya, tau je jawapan. Tapi cikgu dia tak paksa sebab test tu untuk 4 tahun. Dia baru tiga. Next year dah kena serious sikit.. POYO lah mak ko ni Balqis.hahhaa...

Azam tahun baru:

Tulis supaya senang nak refer balik. Patutnye azam ni kena review quarterly, baru dapat tengok ada progres ke tak:

1. No gadget bila budak anak ada disekeliling ( tak tidur)
2. Update blog tiap hari.(Sila jangan gelak)
3. Layang Cerita korea setiap malam ( Ni pun termasuk ke?)
4. Buat amalan menjemput rezeki tiap hari. Will try my best.
5. Ikhlas and enjoy dalam setiap bend yang aku buat.
6. Bercuti 2 kali setahun. erk..duk hotel pun dikira bercuti.
7. Kuruskan badan lagi n maintain ye..
8.lipat kain setiap hari.



Secara detail malas le aku ak share dengan korang. Kang korang tau lak rahsia ak..hihi..Padahal aku x buat lagi.

Apa azam korang? Yang mana ada azam nak KURUSKAN BADAN TU, sila pm aku, dapatkan set shaklee untuk kurus dengan harga berpatutan. Alfafa tengah sale ooo skarang.




Tuesday, December 11, 2012

#Mood Malu dengan Blog Sendiri

Seyes wei, aku semenjak tinggalkan blog ni bersawang lebih dari tiga minggu, aku rasa malu gila nak bukak balik. Rasa Malu pada kegagalan aku update blog ni as per akunya janji. I post 1 hari..

Sampailah semalam cousin aku mintak address blog, so aku bagi le, then aku pun p le tengok sendiri.

Kenapa lama tak update???

1. Aku berada di luar kawasan selama 2 minggu berturut-turut....memang tak sempat nak update.

2. Mood update dalam hati je.. Ko ade? haaa...semua cite yang aku nak update aku niat dalam hati je sebab aku malas nak upload gambar n mengarang. Macam sekarang ni aku mengarang memang ikhlas dari hati, So ayat yang korang baca ni lebih kurang macam ayat yang aku slalu guna time aku bebual.
Kalau ayat ala-ala formal je, tu maknanya aku tak berapa nak ikhlas n terpaksa je menaip.

3. Konon-konon busy le, tapi sebenarnya tak da apa pun. Rumah pun kelam kabut je aku tgk..uishh, ada tak sesapa yang boleh bagi aku ubat untuk jadi lebih berdisiplin. Aku rasa aku ni bab buat perancangan hebat, bab nak disiplin tu memang hampeh keladi.


Insyaallah kalau ada mood aku post beberapa cite aku yang tertangguh..

Friday, November 2, 2012

#1 Food Planner

Cadangan Menu Untuk Dinner bagi minggu pertama Nov.


Hari
Menu
Isnin
Asam Pedas + Telur Dadar+Ikan Goreng
Selasa
Ayam goreng kicap + Sup Ayam
Rabu
Sambal Ikan Tenggiri+ Sayur Air
Khamis
Nasi Goreng ikan Masin
Jumaat
Mee Hailam
Sabtu
Mushroom soup  -Sarapan
Cencaru Goreng + Sambal Telur+Lemak Kobis
Ahad
 Mee goreng - Sarapan
Paru Goreng Sambal+Ayam Rosemarry Panggang+sup Air Labu Air

Nama pun cadangan, so akan berubah ikut selera hari tu.


***Ni kira back date yang semlm punya post r.