Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 3rd pregnancy. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Gemuk selepas bersalin

Ini adalah catatan seorang yang sedang membina badan..kihkihkih..

Aku dah sebulan lebih bersalin, secara tepatnya 37 hari. Setakat ni tak de pun perubahan pada berat badan ye puan-puan sekalian.
Ni aku nak bagi korang buat calculation sikit.

Berat sebelum mengandung adlaha 44kg.
Berat sebelum bersalin adalah 60kg.
Berat baby 3.5kg.
Berat uri, air kutuban dll +-1.5kg.
Berat selepas sebulan berpantang adalah 54kg.
Agak-agak berapa  penurunan berat yang telah berlaku sepanjang berpantang setelah ditolak berat baby n uri semua bagai?

Tapi oleb kerana aku ni melayu sejati, so still cakap, eh tak pe, BMI still normal lagi tu.(Tak gemuk lagikan?)



Ngeri gak wei aku tengok. Dua yang sebelum ni, lepas sebulan berpantang aku dah apat capai  berat 48kg paling kurang. Kali ni patutlah seluar jeans yang aku bawak balik tak muat lagi.Cis...

Aku dapat turun jadi 48kg pun kira dah lega gak lah.
Kenapa 48??? Kira bajet artis lah, aku tengok ramai artis berat dia 48..kihkihkih...tak delah, saja je, kalau aku letak rendah sangat kang, aku lak yang stress tak capai target. Bila stress aku terus tak 
buat.






Agak-agaknya kan boleh tak aku turun 6kg dalam masa 2 bulan?
Sekali lagi ayat Melayu sejati keluar, aku ambil masa 9 bulan naikkan badan sebanyak 16kg, takkan 2 bulan je boleh turun n capai berat badan tu semula.

18 Dis 2013 nanti aku tulis lagi hasil keazaman aku ni? Berjaya ke tak aku turunkan 6kg aku ni



Wednesday, September 25, 2013

Introducing, Nin ke-3

Alhamdulillah, penantian selama 39 minggu 3 hari berakhir juga.
 11 sept 2013 aku dah selamat melahirkan puteri ketiga aku  dekat Azzahrah Bangi.

 Aku start rasa pagi Selasa tu, tp mild contraction je.

Aku memang dah plan nak cuti hari tu. Sakit ke tak aku memang aku nak cuti. Tak larat dah nak pergi office. Pagi-pagi hantar budak dua orang tu pergi taska. Then pergi sarap dengan encik suami pastu lepak dekat rumah.

tapi orang perempuan ni memang x de lah istilah lepak sesaje dekat rumah. Mesti ada benda nak buat. Sampailah pukul 3, encik suami call nak ajak pegi Seremban then balik singgah tengok rumah. Aku follow je, sebab lama dah tak datingkan.

otw blk tu kiteorang singgah makan nasi beriani, time tu terperasan dah keluar tanda. Keluar tanda darah skit. Aku terus call mak aku suh datang. Whatapps geng aku, tapi hampes diaorang ni.. menakutkan aku. Diaorang yang gelabah lebih, dikala tu aku x de pape pun..tapi bila baca msg2 diaorg ni, buat aku gelabah le jugak.

Lepas maghrib mak aku gerak and sampai dalam kul 10 lebih. Time tu aku dah kemas-kemas nak pergi hospital. Still x sakit sgt..biasa-biasa je. Siap rasa tak payah pergi lagilah. Tapi dalam kul 12 gerak gak lah ke hospital. Budak-budak tinggal dengan mak aku.
Panjang lak aku bercerita...letih lak nak taip.


kesimpulannya, aku start sakit mcm nak gila dalam kul 1 lebih dekat kul 2 the kul 3.20 aku selamat melahirkan baby ke tiga aku.

Nin Hasya Fatiena binti Mohd Khairul Azam
Unuk rekod aku:

Tarikh  Lahir: 11 Sept 2013
Hari: Rabu
Masa:3.20 pg
Tempat: azzahrah bangi
Berat:3.5kg
Panjang:53cm

Friday, September 6, 2013

Menghitung Hari - 3rd Pragnency

Lama sangat dah aku tak merapu dlaam ni. Lemau sangat wei.

Untuk rekod , lagi seminggu aku nak due, huhu. Tiap hari aku mengharap aku besalin awal ..kira tak yah tunggu sampai due. REASON???? sebab aku dah malas nak p kerja..hahaha..boleh? Tapi bila terfikir pernah dengar ceramah ke apa ntah, Sesungguhnya ALLAh lagi tahu yang terbaik untuk kita, so aku insaf skit. Ntah-ntah aku tak ready agi sebenarnya, sebab tu baby tak keluar lagi. ALLAH tu sebai-baik perancang. Amin, moga dipermudahkan semuanya.


Apa yang aku nak buat sepanjang cuti 3 bulan nanti?? Tak Fikir lagi.

Kalau ikut dalam hati ni aku nak melayan cerita Korea sampai muntah and baca buku or novel sampai lemau. Tapi mau aku kena libas dengan bapak aku."Awok ni cuba la zikir-zikir ke, baca buku agama ke? Ni dah beranak pinak tapi duk layan cerita and baca buku tak senonoh and tak de faedah"..huhu... Rindu wei nak layan cerita korea macam zaman-zaman bujang..Teguling je bawah selimut sambil layan cerita.


Aku harap time pantang tu rajin le aku mengupdate blog aku,cerita pasal cara aku pantang ke? Pasal baby ke kan...


Hope korang doakan aku selamat bersalin dan dipermudahkan segalanya. Amin...

Tuesday, January 29, 2013

Mengandung- Kenapa perlu stress??

Bila mengandung aku stress. Stress bukan sebab aku tak suka mengandung..stress sebab aku tak de selera makan. Haha..mesti korang ingat aku tak lalu makan ke apakan? tak de maknanya...tak selera tu dalam erti kata lain tak e benda nak berangan nak makan. kalau ada aku makan..kalau tak da, aku ok je...


Aku ni kaki makan, so biasanya before lunch tu aku dah ada dah benda apa nak makan...ni biasa jerk...

Sebut pasal stress, tetiba teringat kata penceramah yang datang opis aku ari tu...kenapa nak stress time mengandung? bukannya korang mengandung anak haram.

Atas dasar itu, dengan ini diumumkan aku tengah mengandung anak ketiga...Alhamdulillah..syukur sesangat.. Memang plan nak mengandung pun tahun ni...semoga semuanya selamat dan dipermudahkan semuanya. Kita hanya plan, selebihnya berserah pada NYA.

Tak sabar nak p scan, mana lah tau kot-kot dapat anak kembar ke? hihii...aku tak tau le macam ne keadaannya kalau aku dapat anak kembar...tunggang tebalik rumah aku rasa...

Benda yang paling aku excited bila mengandung ni:

1. of course nak p shopping beli barang baby...yihaaa
2. nak bawak bebudak dua orang tu p tgk time aku scan....(berangan nak buat 3d scan...berangan tak ingat.nak ke-3 baru nak buat)

3. Cuti yang panjang leh melahu dekat rumah dengan anak-anak.