Thursday, June 5, 2014

Resepi Simple: Scrambled Eggs Bermayonis

Ni resepi senang lagi mengeyangkan..

Anak-anak suka!!! Balik sekolah tanya lagi, ada tak makanan masa sarapan tadi. Pastu Tanya esok mama masak  sarap apa? Yihaaa saya suka!!!

Resepi simple, bak kata bapak aku, sambil tutup mata pun boleh buat:

Bahan-bahan;
1. Telur
2. Majerin
3. Mayonis
4. Wrap - aku beli je yang dah siap tinggal panaskan tu..kalau x de, ko pakai roti biase pun ok..Kalau x de jugak. makan je lah benda tu je.

Cara-cara:
1. Cairkan marjerin di atas dapur.
2. Masukkan telur biar sekejap, lepas tu kacau biar jadi ketul-ketul.
3. Masukkan mayonis barang sesudu dulu, garam secubit kacau lagi.
4. Rasa, kalau dah kena dengan selera, tutup api.

Untuk wrap, ikut je instruction dekat pakaging dia. Aku panaskan pan, pastu letak, agak-agak dalam seminit, ko balikkan.

Dah siap tu, letakkan telur td ditengah-tengah. ikut suka koranglah nak gulung ke, buat lipat-lipat ke, ayam jadi ketupat ke, ok done!! Ready untuk di makan..

Gambar, next time aku update. kalut le pepagi.
Masa persiapan dalam 20 minit je. Kalau ko cekap didapur (bukan aku le tu), lagi cepat siap..



Monday, May 12, 2014

Kehebatan Seorang Lelaki Bergelar Suami

Haaa..tajuk panjang berjela..

Ini pengakuan ikhlas, setelah aku berkahwin lebih lima tahun (secara tepatnya 5 tahun 2 bulan) aku kena akui kehebatan seorang lelaki adalah mendengar bebelan isteri. Haaaaa...
Seyes wei. Kenapa aku cakap macam ni?

Aku ni memang suka membebel, tapi tak boleh bebel dekat laki aku sebab dia tak berapa suka. (Ada ke orang suka kena bebel?) Tapi lepas lima tahun ni, dia redha. Asalkan aku bahagia,  dia biarkan. Pagi-pagi buta aku dah bunyi-bunyi..tapi aku bebel bukan le banyak sangat pun tapi aku perli-perli. Dia ok je..

Tapi cuba dia bunyi sikit. Cotoh dia cakap, "Eh heran lah, dekat rumah kita ni ada hantu sikat rasanya. Sikat Asyik hilang je." Tu je dia cakap. Tapi aku punya angin, mak aih. aku terasa gila. Pastu mulalah bangun cari sikat dengan penuh emosi.

Bila aku tegur dia dengan cakap.. cth: "Papa ni bag letak dekat depan ni, nak pergi outstation lagi ke esok?"..Dia relax je.Tak de nak emo-emo macam aku. Paling malas pun dia diam je. Abaikan je soalan aku.  Sebab perjanjian aku dengan dia, dia kena biarkan aku bercakap sebab kalau tak aku stress. Hihi..

Then aku realize, betullah..Lelaki ni dia ada kehebatan dalam mendengar bebelan isteri. Sebab kalau aku le, katakan dapat suami yang suka membebel, memang panaslah telinga.
Aku tak punya suami yang romantik, tapi syukur sebab aku at least punya suami yang mempunyai tahap kekebalan mendengar bebelan isteri yang tinggi.

p/s: Jangan lak korang ingat aku ni suke membebel tahap tak berhenti lak. Aku jenis perli-perli je. ;-)


Tuesday, May 6, 2014

Untuk Record: Kisah anak

Lama dah aku tak update blog ni.
Ni Update pun sebb aku nak tulis perkembangan anak-anak. Aku tak tahu kenapa aku rase semenjak dua menjak ni, tahap ingatan aku makin teruk.
So before aku lupa bila aku makin tua nanti, baik aku tulis sikit sebagai kenangan.


Balqis:
By the time aku  tulis ni umur Balqis  4 tahun 5 bulan. Pada aku, Balqis orang yang matang compare dengan umur. Tapi suka menangis sampai aku pun konpius dah kenapa nak menangis pasal benda kecik. Balqis tak suka orang marah-marah dia sebab dia kata sakit kepala kalau dengar orang cakap kuat-kuat. Tapi kalau cakap elok-elok pun x begerak macam mana.

Tapi aku mmg boleh harapkan Balqis untuk jaga adik terutama Hasya.  Kalau aku cakap suruh tunggu, dia akan tunggu. Kalau dah tak tahan sangat sebab ada cerita cartoon. dia akan halang laluan ke bilik air guna bakul supaya adik x boleh keluar. Good job Balqis.

Khayla:
Umur dia 2 tahun 11 bulan. Dia ni memang clear apa yang dia nak. Nak makan ke, nak tidur ke, dia buat je even x de kawan. Dia dah ade kehendak sendiri. Kalau dulu. keputusan Balqis akan merangkap keputusan dia. Cth makan dekat kedai, aku akan tanya Balqis nak makan apa, skarang kena tanya dua-dua. If Balqis order mee, n dia kata nak mkn nasi, jangan haraplah dia nak makan mee tu. So skarang kalau keluar akan order 4 pinggan ataupun mama kena berkorban sharang makan korang. Kalau korangorder sepinggan sorang tu habis x pe nak oi..Ni nak bungkus sikit sangat. last2, biar je..

Khayla ni kelakar orangnya. kalau aku cakap dia cantik secara tak sengaja, bulat terus mata dia..pastu cakap.."Ha? mama cakap Khayla cantik?"Pastu terus lari pergi dekat papa bagi tau yang aku cakap dia cantik.
Hari tu dia suh aku salin cadar dia sbb nak macam balqis. Aku cakap tak payah. Balqis tu salin sebab dia terkencing. Dekat 3 hari dia ulang suh aku salin. Kesudahnya, petang ahad tgh aku lepak-lepak, dia datan cakap, mama khayla kencing dekat katil..Aku ingat dia tekengcing..Skalinya, memang purposely kencinglah..Betul-betul tengah tilam tu.Yang memang x delah tanda-tanda "ter". Grrrr...Tapi aku x marah pun sebab aku rasa kelakar.Dah satu kerja aku nak bersihkan.

Hasya:
Ni budak manja. Suka senyum. Memang manja sangat. Sebab kakak-kakak x kawan dengan dia, so aku lah kawan dia..melekap je..Aku pun rajin je bawak dia kehulu kehilir sebab setakat ni dia senang diurus.
Selalu jugak bawka dia dekat office sebab dia behave je..Suka betul dapat tidur bawah meja aku.

Ok tu jelah. Lenguh lak tangan aku menaip ni.




Monday, March 31, 2014

#1- Cadangan Menu minggu 1 April

Cadangan Menu Rumah aku
( Senang tak yah dah aku nak fikir tiap hari. Atpi boleh je tukar selera. Nama pun Cadangan kan)


 Isnin - Tom yam ayam +Ikan masin - (Bee Hoon tomyam Untuk Anak)
Selasa - Sotong Sambal + Sayur lemak Kobis
Rabu -  Tenggiri masak sambal/kicap + Labu Air  dan soo hoon masak sup
Khamis - Spegetti Bolognese
Jumaat - Sardin +telur dadar+ Bayam masak air
Sabtu - Singgang ikan + Ikan Goreng
Ahad - Nasi Ayam


Menu Hasya Fatiena Manshaha
     

Pengasuh
Rumah
Isnin
Nestum
Bubur + taufu + Stok Ayam
Selasa
Bubur + Kurma
Bubur +Ikan Bilis
Rabu
Biskut
Bubur +pisang
Khamis
Bubur + taufu + Stok Ayam
Bubur + Kurma
Jumaat
Nestum
Bubur +pisang
Sabtu
Bubur +Ikan Bilis
Bubur +pisang
Ahad
Kentang + Carrot
Bubur +Ikan Bilis

Kenapa menu anak aku berulang-ulang? Nama pun makanan baby, makannya tak seberapa, so aku skali buat, boleh le 2 ke 3 kali makan. Tu yang ulang-ulang je nak perabihkan.ade paham?




Tuesday, March 11, 2014

Pray for MH370

Seluruh negara terasa kehilangan MH370 ni... apa yang aku rasa,

Rupanya, masih ada rasa kasih sayang sesama manusia..
Masih wujud perasaan itu, kita yang tak de kena mengena ni turut rasa sebak dalam hati.
Tak kiralah bangsa atau siapa yang jadi mangsanya, semua pun terasa dan terus mengharapkan sesuatu yang baik.


Kalau ikutkan, kita boleh je ignore, bukan kita kenal pun..Tapi sebagai manusia normal, automatik kita rasa sebak kan...aku berani cakap if kita berada dekat airport mase semua waris dikumpulkan, kita pun mesti menangiskan.

Teringat pagi tadi aku terdengar dekat radio, buat masa ini, perkataan sabar bukanlah satu perkataan yang patut kita ucapkan pada waris mangsa. Begitu juga if ada kawan-kawan kita mengalami kecelakaan, tolong jangan terus cakap sabar. Kerana pada ketika itu, si pendengar akan rasa marah sebabnya dia dah tau dah kena sabar tak payah cakap and dia akan rasa marah sebab bukan dia tak tahu.

Akhir kata, Ya Allah selamatkan orang-orang di dalam MH370. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.




Wednesday, February 12, 2014

LAKSAMANA SUNAN THE SERIES: RAMLEE AWANG MURSHID

Sorry ye kengkawan. Sebab aku ni pemalas tahap gaban, so aku nak tampal dekat sini je susunan cerita pasal laksamana Sunan. Senang aku nak refer lain kali.

Best ke? Bagi siapa yang belum pernah baca, aku sangat-sangat syorkan. Serious and dua rious, memang best. Even cerita dia pasal zaman-zaman dulu, ko  akan suka and sampai satu tahap aku terkeliru ni fakta ke apa, bila dia ada cerita zaman hang tauh semua. Dia ada banyak buku and dekat bawah ni susunan buku tu: 

 1. bagaikan puteri
  2. cinta sang ratu
  3.hijab sang pencinta
 4. cinta sufi
 5.sutera bidadari
 6. sunan musafir. 
 7. (coming soon)---prekuel: sunang naggroe sang kembara


KAlau tak best tak de maknanya aku sanggup bangun kul 5 pagi semata-mata nak baca buku.

Monday, February 10, 2014

Kenapa kita Doa Agar dimurahkan rezeki

Assalamualaikum, 


Lama dah aku tak update. Terlebih dahulu aku mintak maaf if apa yang aku nak share ni berlainan dari apa yang Ustaz Kazim cuba sampaikan. Ni ikut Pemahaman aku.

Benda ni aku dengar dalam video ceramah dia. Antaranya yang menarik minat aku and buat aku berfikir, kenapa kita selalu doa minta dimurahkan rezeki. Tiap-tiap hari kita doa moga dimurahkan rezeki. Banyak mana duit yang kita guna dalam satu hari untuk makan? Banyak mana pun duit kita, kita tak guna sampai RM sejuta tuk makan sehari. Kalau kita ada rumah besar pun, satu rumah bilik bepuluh, kita tak guna pun sampai 5 bilik dalam satu masa untuk tidur. Tapi kita tetap doa agar dimurahkan rezeki.. Kenapa kita tak doa agar ditambahkan keimanan kita. Dikuatkan iman kita, anak-anak kita, keluarga kita. 

Tulah antaranya.

Maybe pada kita rezeki tu dari segala aspek, rezeki kesihatan, rezeki anak yang baik dan menyejukkan hati. Sebelum terlupa, doa pasal anak ni..aku penah terbaca doa yang bapa aku baca time dekat surau rumah..Bapak aku kalau baca doa selalunya Melayu je..Senang orang nak faham katanya...Antara doa tu "Ya Allah ya tuhan ku, ko kurniakanlah kami  anak yang soleh dan solehah, anak yang menyejukkan hati kami ketika hidup kami, dan anak yang mendoakan kami apabila kami telah tiada"... Tu jelah aku ingat. Kot-kot korang suka, boleh lah baca time lepas sembahyang nanti.


Tapi bila fikir balik, betul apa Ustaz tu kata. Sampai bila yang kita akan rasa kita dah cukup segalanya. Maksud aku dari segi kewangan. Bila kita boleh declare yang kita ni dah kaya. Kita selalu cakap, kalau aku orang kaya, aku dah buat itu dan ini.. Persoalannya bila?? Bila Kita boleh declare kita ni kaya?

Ntah lah kan, macam aku, aku suka berjual beli. Macam-macam aku pernah jual. Saja suka-suka. Bila orang beli aku happy. Biar pun untung Seringgit dua. yang penting happy. Kadang-kadang tu siap rangka strategi bajet nak buat jualan mantop. Last-last aku terfikir, ini ke yang aku nak? Anak-anak aku suka ke bila maknya sibuk nak berjual beli? Sedangkan aku jumpa diaorang pun malam je. Cukup ke masa aku dengan diaorang. Ermmmm..Ntah lah ..Masih mencari sesuatu yang boleh membuat semua pihak happy.