Tuesday, July 2, 2013

3rd pregnancy- Update

Lama dah aku tak cerita pasal 3rd pregnancy aku.(Aik ada cerita ke sebelum ni?? sekali je kot, time aku announce dulu)..

Diam tak diam aku dah masuk 7 bulan aku mengandung. Lagi 2 bulan lebih, insyaallah.Excited lak aku.
budak anak yang lagi dua orang pun aku dah maklumkan..Gender? huhu...sampai sekarang aku x tau..even dah penah p 4d scan. huhu, tak pelah...mana2 pun ok..

Perkembangan:
- hari ni mula lah sesi menanda pergerakan.
- bermula jugak sesi 2 minggu sekali p klinik
-barang satu apa pun tak ready lagi. maybe lepas ni kena start buat check list. yelah check list nak besalin lagi, baby, budak anak yang sedia ada, brg nak blk bepantang dekat kampung lagi.


Perasaan:
- syukur alhamdulillah. memang kalau orang tengok huru hara hidup aku, anak rapat-rapat. tapi aku suka. Sebab diaorg membesar sekali. Macam yang dua orang tu aku rasa dah lega sikit. dah x de dah sesi bangun malam buat susu. buat sebelum tidur smpai le pagi esoknya. Bangun nak pegi sekolah baru buat.

Harapan aku, moga selamat semuanya..Amin.

Ko tidak Amanah!!

Ni just luahan je. 

Orang selalu salah anggap bila orang nampak ko jenis yang tak kisah. tapi pada aku still ada batasnya.
Apahal ko no tgk benda-benda yang tak sepatutnya even depan mata aku. Motifff???

Aku suh ko tengok benda lain, kenapa nak tengok benda lain lak, as kawan, aku sedikit upset dengan ko. Bila aku cakap, ko cakap ko bukak depan mata aku. Haha, ko kelakar lah kawan.

.......

tu je...

Monday, June 24, 2013

Apa yang ada dalam list doa kita?

Aku ni kalau boleh semua benda nak dilistkan.
Aku pelupa wei ....seyes..Sampai satu tahap, nak doa untuk lepas sembahyang pun aku ade list, agar ada yang aku tak telupa. Huhu...(iye... aku doa dalam bahasa melayu je) janji aku paham sudah.

Khamis hari tu aku terdengar forum perdana (kalau tak silap aku), dalam doa yang kita baca hari-hari, ada tak kita selitkan doa untuk negara kita or umat islam yang lain dalam dunia ni.

Contoh doa untuk negara: kurniakan kami negara yang aman damai, banyak peluang pekerjaan ke, rakyat bersatu padu..


Macam tu jugak doa-doa untuk umat Islam yang lain. Cth: Palestin ke...
Doakan senjata umat ISLAM.

Renung-renungkan, dan selamat beramal...




Monday, June 3, 2013

Ustaz Kazim Elias - kenapa suami isteri bergaduh(kelakar)

Saturday, June 1, 2013

kisah mee hoon

hari ni dekat sekolah budak anak ada parent yg belanja makan mee hoon singapore. aku perasan time anta si adik.suka bebudak dekat sekolah..yelah selalunya makan roti separuh...or koko cruch or sosej ke..benda-benda macam tu lah... anak2 aku terutama balqis mmg suka kalau makan mee  hoon ni..aku balik je kereta terus ckp..kakak..ari ni makan mee hoon.(ari ni si kakak nak susu.so aku tinggalkan dalam kereta sementara tunggu papa dia datang anta susu).

dia sukalah...dia cakap...mama..tapi kakak nak minum susu satu je...lepas tu kita pegi sekolah cepat2 ok?..aku layankan je..

td before tidur aku tanya dia kakak makan mee hoon tak?and jawapan dia. ...... tak mama..dah habis.yang ada semua simpan untuk shasha..aku x taulah sapa si shasha or betul ke tak ape dia cerita tu..aku cuba tukar cara soalan..tapi jawapan tetap sama..adoiiii mengalir air mata aku weii...kesian sangat aku rasa..even aku x pecaya sepenuhnya apa dia ckp...tapi if betul..adoi aiiii...serius..tak tahan..aku kalau pasal makan ni sensitif...ni kan pulak kalau yang tak dapat makan tu budak anak...

ntah lah..aku over react or ape...yang penting memang sentaplah. tengah sentap2 ni boleh pulak budak anak tanya mama sakit perut ek..nanti kakak letak ubat kakak ek..ubat kakak hebat...

Ya Allah.,Kau murahkanlah rezeki anak-anak kami...peliharakanlah kesihatan mereka dan kebajikan mereka ketika mereka jauh dari kami...amin..

Tuesday, May 7, 2013

Racist - Apa sumbangan anda?

Dah habis isu PRU, sakarang sibuk isu ract pulak.

Erm..Ni buat aku tefikir, kita selalu cakap bangsa lain selalu cuba jatuhkan bangsa kita. Tapi kita sendiri apa yang kita buat untuk bangunkan bangsa kita? Halang bangsa kita dari ditindas?

Korang faham tak apa yang aku cuba sampaikan?

Korang tengok contoh syed mokhtar al Bukhary (ni base on apa yang aku baca), dia memang kaya. Orang kata dia banyak monopoli itu dan ini, tapi dia ade buat return balik kepada masyaratkat dan kaum dia? (I'm proud of you sampai pernah rasa, Allah memang tak salah pilih Tuan sebagai orang kaya). Macam-macam dia buat untuk orang sekeliling dia. Kita tak boleh harap dia akan sara kita setiap bulan. Tapi dia ada buka peluangkan kepada kita.


So base on tu, aku terfikir, apa yang aku dah sumbangkan kepada kaum aku, bangsa aku dan orang sekeliling aku??? Kalau aku pandai buat kek, aku dah bukak kelas suh korang datang belajar..So korang leh buat duit lak. Tapi aku tak pandai pun.Hihi..

Zakat???Ermm bolehlah dikira satu sumbangan..daripada takde. :-)

Jangan takut untuk share ilmu ( standard orang Melayu lah, takut orang lebih n dapat keuntungan lebih dari kita).. Percaya yang rezaki dari ALLAH. Mana tau kalau kawan kita dah kaya, tetiba dia teringat dekat kita. Ada peluang-peluang best dia bagi tau kita.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

p.s:// kalau korang ada tahu apa-apa aktiviti or benda-benda yang boleh aku buat, yang boleh bagi kebaikan kepada masyarakat bagi tau ek.




Sunday, May 5, 2013

Pengundi Hantu---siapa punya

macam2 isu timvul time mengundi ni..pasal dakwat lah..pasal pengundi hantulah...
then aku ada few soalan...aku x bijak politik dan x berapa tahu psl politik..so kalau soalan aku kurang cerdik maafkanlah ye...
1.dihebahkan SPR telah diragui ketulusannya dalam mengendalikan pru..katakan yang menang adalah pihak pembangkang...adakah ketulusan spr akan twtap diragui??
2.knp still ada pengundi hantu sdgkan ada wakil kedua2 belah pihak dkt setiap tmpt mengundi? wakik2 tu tidur ke ape?
3. bersihkan 3 dikatakan akan berlaku sekiranya pr kalah...kalau menang...akan ada x?bersih 3 dianjurkan sbb rakyat rasa pru ada pembohongan...tapi kalau pr menang..tetiba dia org rase spr dah jlnkan tugas dgn betul ke?
nnti aku ada tepikir soalan lagi aku tnya lagi..