Monday, October 8, 2012

Perlu atau tidak Meja Makan @ Meja Aktiviti Anak-anak

Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun akan beli maja untuk aktiviti anak-anak. Maksud aku buat masa ni lah  dengan budak anak keci lagi.  Sebabnya, masa aku kecik mana ada meja semua bagai.

Untuk itu aku dah senarai kan baik buruk dia (this is how i get ideas to make decision. ala yang macam kita belajar time Form 3)


Kebaikan.

  1. Boleh disiplinkan budak anak supaya ikut arahan. Cth: Suruh duduk atas kerusi untuk jangka masa yang lama.
  2. boleh sediakan persekitaran yang selesa untuk budak anak buat aktiviti.
  3. budak anak ada meja makan sendiri and diaorang akan feel macam orang dewasa

Keburukan.
  1. Semak rumah, makan space wei. tapi pada aku, tak pelah..korbankan skit ruang dalam rumah tu.
  2. makan modal jugak. Untuk ini, korang yang berhajat, boleh try looking for preloved. Tapi if korang berhajat nak anak ramai, boleh beli kot sbb aku rase it is a good investment. lps x nak guna boleh jual balik.

Lataran itu, aku pun buat keputusan untuk beli, dan yang menjadi pilihan adalah -->>>


 IKEA MAMMUT TABLE AND CHAIR


Untuk MAMut ni, dia ada dua-jenis, yang aku jumpa lah. Yang bulat dan yang petak



Memula aku nak ambil yang petak je. senang nak tolak ke dinding. Tapi atas dasar nak guna long term ,aku ambil yang bulat. kononnya boleh muatkan 5 orang  pada satu masa. Kira empat orang budak anak, 1 budak emak..(HAHAHA berangan tak hingat).

Aku beli gak kerusi macam dekat bawah ni. Aku beli pink dan biru.





So dengan ini secara rasmi, budak anak sudah ada meja makan :

Sebelum Pasang



Meja Makan Kami

Terbaiklah Mama...

Aktiviti pertama kami






Semua benda yang orang lain buat salah

aku terbaca tadi dekat FB..ade seorang ni upload gambar hasil kreativiti hias guiest book...then ada lak sorang ni yang duk komen, kreativiti diletak bukan pada tempatnya lah, membazir le effort yang dibagi le..ape de hal?

tak boleh ke ko lebih terbuka. terima je benda tu sebagai sesuatu yang cantik dan indah. let say satu hai ko yang jadi tetamu then org bagi ko guest book tu, ko suke tak? ke ko suka kalau time ko jadi tetamu orang sediakan buku latihan tu sebgai guest book. buku latihan tu pun muka epan dah berconteng, page pun tinggal dua-tiga helai je, balance tahun lepas punya.baru kau tahu..

aku tak suka lah orang macam ni. semua benda nak komen. Sampai tak nampak kebaikan dan kelebihan yang lain. Jotos kepala baru tau.

Sama kes jugak dengan orang-orang yang fanatik dengan politik ni. Semua benda nak kutuk. Rimaslah.

YES, memang betul, parti politik ni pun bukan betul sgt, tapi jangan lah samapi benda-benda kecik pun nak jadi issue. Orang tu p makan besar pun nak kutuk. "Pemimpin makan besar, rakyat kesusahan." What the ****". Aku nak tengok, if ada rezeki korang jadi pemimpin, macam mana keadaannya.

Apa-apa pun, ciptaan Allah itu indah. Kalau DIA cipta semua manusia tu sama, sure boringkan. Enjoy..


-Mama Zila-

Thursday, September 27, 2012

Sesuatu yang luar biasa dan Lebih dari biasa.

wei, aku tgh semangat ni..aku rasa nak buat sesuatu yang luar biasa dan lebih dari biasa yang macam aku hari-hari duk buat..

Tapi masalah nya..aku x tau nak buat apa.X de idea wei...

Nak buat sesuatu yang best n mestilah berfaedah yang boleh membuatkan aku sanggup korbankan waktu tidur aku..hihi...so bnd tu mestilah betul-betul menarik..
any idea?

N aku kalau boleh nak sangat p melancong ke UK or australia..---->>> semua gara-gara tgk cite ADAM dan hawa...kenapa ler zaman belajar dulu x apply p oversea ek...




Friday, September 14, 2012

Janji Allah itu tepat, tak lambat dan tak cepat

Tadi aku terbaca dekat satu log, berkenaan kematian seorang blogger remaja, cantik orangnye..budak lagi.. Kalau korang rajin p ler jeguk blog dia www.misschronicz.blogspot.com. Arwah ada bercerita pasal mimpi dia beberapa bulan sebelum dia pergi..

Terasa insaf bila teringatkan mimpi yang aku alami.. Aku mimpi kiamat.. Masa tu apa yang ingat hanya sebut YA, ALLAH aku tak sempat bertaubat...banyak lagi dosa aku..dan takbir je...huhu..ngeri wei...sampai skarang aku teringat..huhu.. Ya Allah ko panjangkan umurku,suamiku ,  ibu bapa kami, anak2 kami, saudara mara kami..

Bila mati kita dah tak da ape. Tinggal semuanya.. Bersedia ke kita menghadapi dan bertemu dangan nya. Teringat arwah adik ipar. 3 hari sebelum kematiannya, aku ada jumpa dia dekat kedai makan. kesian dia, batuk pun dah keluar darah..tapi still gigh lagi ..kau seorang yang kuat dik....bila dah jadi ibu, mula lah terfikir..kalau aku mati, macam mana dengan anak-anak aku..
boleh ke diaorang hidup dengan terurus.


Andai kata ada mak baru pun, orang tu boleh sayang diaorang macam aku sayang ke? argh..tak boleh bayangkan...


p.s.:mama sayang dua orang budak kecik dirumah itu...akan cuba spend masa sehabis baik moga x ada rasa penyesalan.

**Zila**

Friday, August 31, 2012

Terima kasih wahai si peminta sedekah..

Alhamdulillah, di panjangkan umur untuk sambut raya lagi tahun ini. Dan Alhamdulillah jugak Allah bukak kan pintu hati untuk sesuatu yang sebelum kepada sesuatu ... biar pun benda itu sesuatu yang common tapi betul-betul memberi kesedaran...


Pagi raya, aku lepak dalam bilik abah, abah tanya, dah bayar zakat? aku jawap ringkas: dah... Kata abah lagi...banyakkan lah bersedekah..dan berterima kasih lah pada orang yang sudi menerima sedekah...sebab masih ada dalam dunia ini orang yang sudi terima sedekah kita ini sekaligus memboleh kan kita dapat pahala yang kekal sampai kita mati...




Akan tiba satu masa takde manusia lagi yang sudi terima sedekah kita..masa tu, orang-orang kaya akan sibuk membawa harta kesana kemari mencari orang yang sudi menerima sedekahnya.. Jangan kedekut untuk besedekah . Takkan ada orang jatuh miskin sebab bersedekah.


Thursday, August 30, 2012

Gangnam yang semakin Mengganas

 Gangnam??? menatang apa tu? Aku sendiri pun tak tau...
1st yang aku tengok yang versi Suasana Gangnam Raya... Terbaikkkkkkkkkk

even ada yang kata benda tu mengarut, tapi pada aku kita kena kagum..gile ko....keluarga ko boleh buat macam tu?? keluarga ko sportting macam tu?? tak de kan? kalau keluarga ko sporting mcm diaorg sure ko pun akan teruja.. atas dasar sedikit jeles dan dengki mula ler korang rase nak kutuk...

apa-apa pun aku personally ucap tahniah pada anak cucu tuk harun ***maafkan aku kalau silap sebab aku malas nak buka balik you tube nak tengok nama korang....korang memang superb.



p.s.:// agak2 kalau aku buat entry tak de gambar ade org bace tak? malas nak upload gambar..juast nak luahkan pendapat..



Tuesday, July 10, 2012

Parentsday di Taska Ayu Manja,Parcel E

Sabtu yang lepas taska si Balqis buat parentday...aku dapat tau last minute...ingat dah malas nak pegi.tapi bila fikir kesian dekat balqis, gagahkan juga bawak dua puteri kecik ni.


Aku sampai dah lambat..orang dah mula pun.masa aku sampai datin owner taska tengah bagi ucapan...



Habis je ucapan..mulalah aktiviti..menghias frame gambar bagi si ibu dan hias kek bagi bapa..aku x join pun.tengok je..mana nak hias kek,mana nak dukung memey....sabtu ni kita buat yw balqis..janji



Sementara tu aku duk snap gambar sambil layan budak-budak ni makan.



Bila dah settle semua aku saja je tanya cikgu balqis, ada lebih x kek tadi nak bg si balqis try.nasib ada rezeki...layan jelah gambar dekat bawah ni..