Alhamdulillah, dah lebih sebulan delisya balqis sekolah.. Setakat ni ok..x de masalah sangat.
Atas sebab-sebab tertentu, kami plan nak tukar pengasuh.
Sekarang ni aku yang amik dia time lunch and hantar rumah pengasuh. Petang nanti baru amik semla.
Dekat sekolah tu, memang ada dua rumah transit yang memang link dengan sekolah. Rumah pengasuh aku tu tak termasuklah.
Ada satu dekat presint 14...huhu..memang x lah aku nak hantar situ, jammed oooi time balik. Yang lagi satu dekat rumah nama owner dia Cik Uda..Aku dah try tanya, tak de rezeki balqis dekat situ..
Semalam aku saja cuba nasib dekat guru besar dia., bagi tau nak sekolahkan Balqis KAFA dekat situ. Kira lepas abis tadika pagi, diaorang akan mandi and siap-siap pakai baju untuk sekolah KAFA lak..dekat tempat yang sama. Kalau ikutkan memang dah penuh.. Tapi hasil rundingan dengan cikgu and dah memang rezeki balqis, alhamdulillah..cikgu bagi trial dulu...tengok macam mana.. Yelah, dia kecik lagi..takut dia penat..
So hari ni, aku bekalkan dia baju kurung tuk sekolah petang. Kalau lepas sesi trial, baru beli uniform. Banyak kali aku ulang, nanti mandi, petang baru mama amik..Sampai last-last dia sound..taulah mama, berapa kali nak ulang,,hahahaha...
Aku tak nak paksa sebenarnya. Sebab aku kesian. Yelah, anak-anak macam redha je apa yang ibu bapa plan. Aku rasa tak semua yang diaorang suka. Tapi sebab tak de pilihan, diaorang ikut je. Macam pergi rumah pengasuh, ada benda yang dia tak suka, tapi nak buat macam mana, dia kena redha je lah. Kadang-kadang ada juga dia mengadu. Bertabahlah nak.....
Aku harap dengan proses pertukaran rutin hidup dia yang bermula hari ini berjalan lancar...Amin..
Rasa sayang lak dekat sekolah ni...cikgu semua baik and ambil berat. macam aku cakap dekat cikgu nak pengasuh...sibuk cikgu usahakan and bincang sesama sendiri macam mana nak tolong. Dari segi kebajikan anak-anak memang dijaga. Makan memang superb...haha...aku memang pentingkan makan je..kihkih..hari-hari dekat sekolah anak aku makan berat ok...mee sup, mee goreng, nasi lemak, nasi tomata....ni base on anak aku cerita..rasa betul dah....bayar RM20 je kot sebulan...kalau anak-anak x makan, cikgu ada spare roti..
Even suara cikgu speaker tahap boleh gugur jantung and air mata, tapi budak-budak tetap suka pergi sekolah. Maybe dia orang tau cikgu tu ikhlas and sayang dekat diaorang...Eh, ala..macam mana aku nak cakap dekat cikgu ek, panggil anak aku Delisya and bukan NIN .....ermm...